Home info RPH Sivik Hormat-menghormati

RPH Sivik Hormat-menghormati

115
0
RPH SIVIK hormat menghormati

Pendidikan sivik didedahkan kepada murid seawal dari peringkat prasekolah untuk menyemai kesedaran sivik dalam kalangan kanak-kanak.
Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan sivik dipelajari oleh murid untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman sivik, manakala di
sekolah menengah, pembelajaran pendidikan sivik membolehkan murid mengaplikasikan pemikiran sivik dan mengamalkannya dalam
kehidupan harian.

Pendidikan sivik memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid tentang hak serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara. Pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah memberi penekanan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang diintegrasikan melalui empat nilai teras, iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Hasrat ini boleh dicapai melalui pendekatan bersepadu menerusi perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan program dan aktiviti sekolah. Melalui kurikulum, kandungan pendidikan sivik disampaikan secara pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam,Pendidikan Moral dan Sejarah.

Kali ini dikongsikan Contoh RPH Sivik bagi tajuk Hormat-menghormati iaitu tajuk bagi bulan Julai. Kepada yang berminat boleh dapatkannya di bawah: RPH Sivik Hormat Menghormati

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here