Home Berita Didakwa Tipu Guru Besar Guna Sijil Cuti Sakit Palsu

Didakwa Tipu Guru Besar Guna Sijil Cuti Sakit Palsu

110
0
SHAH ALAM – Seorang guru dan kerani sebuah sekolah rendah didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam masing-­masing atas dua pertuduhan menipu guru besar dengan menyerahkan sijil cuti sakit palsu. 
Tipu sijil cuti sakit
Kedua-dua tertuduh berkenaan ialah Zainuddin Deraman, 40, merupakan seorang guru manakala Saiful Rizal Mohd. Haris, 27, merupakan seorang kerani. Mereka ialah kakita­ngan Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) di sini. Mereka didakwa secara berasingan dengan Zainuddin didakwa di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohkta­ruddin manakala Saiful Rizal di hadapan Majistret P. Sarulatha. 
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah secara berasingan ke atas mereka. Zainuddin dan Saiful Rizal didakwa menipu guru besar SK Subang Bestari (2), Sapiah Jaffar, sehingga wanita berkenaan percaya bahawa dua sijil cuti sakit palsu yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh kepadanya adalah tulen. 
 Sumber:  KOSMO
Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here