Home info LINUS Satu Beban Yang Menyeksakan?

LINUS Satu Beban Yang Menyeksakan?

4
0
Ini adalah luahan Guru Terhadap Pelaksanaan LINUS.
LINUS. Satu beban yang MENYEKSAKAN.
Tuan XXX. Tolong tulis kat GROUP XXX isu GILA ini. Kalau akak sendiri tulis, penuh berkampung orang PPD, JPN dan KPM nanti kat sekolah akak.
Akak dah mengajar hampir 20 tahun. Tahun ini akak pegang 5 kelas tahun 1. Semua ajar Matematik. Penuh 30 masa.
Beban linus
Itu akak tiada masalah. Memang akak minat ajar Matematik. Tapi beban paling MERAPU dan MEREPEK adalah ujian LINUS. Ini paling MEMBEBANKAN DAN STRESS.


Katanya nak kurangkan beban guru. Ujian saringan LINUS sangat MEMBEBANKAN. Peraturan untuk jalankan ujian ini SANGAT MENGARUT. Berikut antara peraturan MENGARUT dan MEMBEBANKAN.
1) Tulis tarikh setiap kali ujian.
– Kena ada TIGA TARIKH berlainan. Tak boleh siapkan dalam satu hari. GILA. Dah kenapa kalau settlekan dalam satu hari. Tambah2 muridlaju.
– Tarikh WAJIB TULIS satu2. Tak boleh guna simbol ( ” ) atau simbol ( } ) untuk jimat masa cikgu. Takut cikgu menipu katanya. GILA.
Ada 24 soalan untuk setiap murid. Kalau sekelas ada 40 murid, mengajar pula 5 kelas dah 200 murid. 200×24 soalan, kena tulis 4800 kali tarikh? Peraturan GILA YANG MEMBEBANKAN!
2) Kena mengajar setengah jam dan setengah jam lagi baru saringan.
– Ini lagi satu peraturan GILA. Yang buat peraturan ini confirm tak pernah ajar Tahun 1. Mengajar setengah jam itu mudah, yang masalahnya bila nak buat saringan, berderet murid lain datang ganggu.


Cikgu Tahun 1 pasti faham. Setengah jam dapat saring PALING BANYAK 2 orang murid sahaja. Gangguan dari murid lain terlampau banyak. Ada yang mengadu nak ke tandas, mengadu pensel hilang, datang tanya macamana nak buat, yang siap awal, yang menangis. INI TAHUN 1! Bangsat sungguh siapa buat peraturan mengarut ini.
3) PPD yang nak tunjuk hero.
– ini penyakit pegawai ppd. Nak tunjuk ppd dia paling hebat kat Malaysia. KPM tak suruh buat saringan pun dia pandai-pandai buat. Nak bagi nampak mereka hebat. GILA.
– Siap datang buat pemantauan lagi. Kena marah kalau tak buat. Kalau tak ikut peraturan mengarut itu. Kat ppd sini, TAHUN 1-3 kena buat saringan LINUS  bermula 1 Mac – 7 April.
– Semua kena buat dari tahun 1 hingga 3. Bm, matematik dan b.i. Dia suka hati je bagi arahan, kita kat sekolah macam orang gila. Sekolah dah la sibuk awal tahun. Dengan sukan sekolah, dengan mesyuarat pibg, dengab program sekolah.
Baru nak buat saringan, murid kena panggil untuk raptai. Baru nak buat saringan murid kena panggil untuk taklimat disiplin, taklimat program. Bebanan tugas lain bertimpa-timpa lagi.

Nak kejar silibus tahun 1 yang berat dan banyak lagi. Murid nak periksa bulan Mac lagi. Nak ulangkaji sebelum periksa. Ada minggu periksa pula. Lepas periksa mesti nak bincang soalan periksa pula.
Masa mana nak kejar saringan LINUS? Mereka orang jabatan sedap bagi arahan, mereka tak rasa. Kalau cikgu tak buat, kena surat tunjuk sebab. Kalau akak cakap kat mereka hal ini, mereka kata akak melawan pula. GILA betul.
CADANGAN.
Nak buat LINUS boleh. LINUS bagus untuk mengesan murid lemah. Cuma kena buat luar waktu PdPc. Jangan ganggu PdPc sedia ada. Silibus tahun 1 berat.
Tubuh satu kumpulan khas guru yang menyaring murid LINUS. Bagi mereka saring dalam masa 2-3 minggu setiap hari. Jadual mereka pentadbir buat RELIEF. Suruh cikgu lain masuk sementara mereka saring di Pusat Sumber contohnya. JANGAN BAGI RELIEF KAT CIKGU YG JALANKAN UJIAN LINUS. BAGI MEREKA TUMPU UNTUK SARING MURID SAHAJA.
Sekian.
Apa komen rakan rakan sekalian.
(INI ADALAH LUAHAN SEORANG GURU TERHADAP KAEDAH PELAKSANAAN LINUS, PENDAPAT TIDAK SEMESTINYA SAMA ATAU KEKAL DENGAN ADMIN)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here