KOTA KINABALU: Tiga pelajar lelaki ditemukan mati lemas ketika menyertai program perkhemahan sekolah di sebuah resort di Membakut, Beaufort dekat sini hari ini.Mangsa Hafiz Hamizan Rahman, 16; Daniel Norman, 16; dan Khuzaimi Zakaran, 17; merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan ditemukan guru pengiring dalam keadaan tidak sedarkan diri di 1 laluan ‘jungle trekking’ yang telah digenangi air di resort berkenaan kira-kira 9.30 pagi.
Pihak bomba menerima panggilan pada 9.40 pagi. “Ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital berhampiran sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian dan ketiga-tiga pelajar disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan,” kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan media. Menurut kenyataan itu, pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan di lokasi kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat.
Difahamkan, seramai 120 pelajar dan 30 guru pengiring mengikuti program perkhemahan itu.