Home Berita Pelajar Mengaku Hanya Kena Luku

Pelajar Mengaku Hanya Kena Luku

83
0
Alor Setar: Pelajar tingkatan empat yang mendakwa dicekik dan ditumbuk guru displin di sini baru-baru ini, mengakui dia tidak diperlakukan sedemikian, sebaliknya hanya diluku di dahi kerana memberontak.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Mohd Najib Abu Bakar berkata, melalui mesyuarat khas antara kesemua pihak Isnin lalu, pelajar itu mengakui bahawa dia sendiri tidak berpakaian kemas ketika datang ke sekolah.
Guru Pukul
“Dalam mesyuarat, pelajar itu mengakui diluku (ketuk) di dahi kerana memberontak apabila ditegur kerana tidak memasukkan bajunya ke dalam seluar tetapi tidak pula ditumbuk dan ditendang seperti laporan sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7.45 pagi, 8 Februari lalu, pelajar itu mendakwa dicekak, ditumbuk di belakang kepala, dan ditendang guru disiplin di depan pintu pagar sekolah kerana dikatakan tidak berpakaian kemas.
Bapa pelajar itu membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan tindakan guru disiplin itu yang dikatakan mencederakan anaknya.
Mohd Najib bagaimanapun kesal kerana mesyuarat yang diadakan itu masih gagal mencapai jalan penyelesaian disebabkan bapa pelajar itu yang berusia 38 tahun masih mahu mengambil tindakan undang-undang.
“Saya syorkan bapa mangsa agar tidak meneruskan tindakan tersebut kerana ia akan berlarutan dan seterusnya memberi kesan kepada pelajar berkenaan untuk proses mahkamah dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera.
~ HARIAN METRO
Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here