Home Berita Bapa Buat Laporan Polis, Mendakwa Anak Dicubit Ustazah

Bapa Buat Laporan Polis, Mendakwa Anak Dicubit Ustazah

27
0

Melaka: Ibu bapa murid lelaki darjah lima di sekolah rendah di Ayer Molek, di sini, mendakwa anaknya dicubit oleh ustazah sehingga meninggalkan kira-kira 20 kesan lebam di lengan dan belakang badan, 4 Oktober lalu.

Gambar Harian Metro
Bapanya Mohd Nizam Othman, 32, berkata, anak lelakinya mendakwa dia dicubit sehingga meninggalkan lebam kerana tidak menghafal Bahasa Arab.
Katanya, sebelum ini anak lelakinya itu mengadu dicubit tetapi dia dan isteri memarahinya semula kerana beranggapan dia tidak memberi perhatian, namun tidak menyangka keadaan sebaliknya berlaku.
“Malam itu dia menangis tidak dapat tidur. Apabila ditanya dia kemudian memberitahu dicubit oleh ustazah lalu menunjukkan kesan lebam di tangan dan belakang badan.
“Saya dan isteri amat terkejut melihat kira-kira 20 kesan lebam lama dan baru akibat dicubit dibadannya,” katanya.
Menurutnya, esoknya dia membawa anaknya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan dan doktor kemudian mengesahkan dia didera sebelum membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua.
Katanya, susulan kejadian itu anaknya sering menangis tidak mahu kesekolah kerana takut selain sehingga kini ustazah berkenaan masih mengajar kelas anaknya.
SUMBER: Harian Metro
Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here