TUMPAT – Seorang lelaki mendakwa tindakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) sebuah sekolah yang merotan anaknya sebagai tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sebenar.
Ismail Hamzah @ Mezah, 68, berkata, anaknya yang berusia 17 tahun dituduh ponteng kelas di sebuah sekolah menengah di sini, tetapi tidak dimaklumkan kes yang ke berapa kali.
“Saya dipanggil pihak sekolah untuk memberi penjelasan dan berbincang. Bila saya tanya guru itu, berapa kali anak saya ponteng kelas, dia tak dapat jawab.
“Saya ada bagi pandangan, mustahil ketika guru ada dalam kelas, ada pelajar dapat ponteng ke mussala,” katanya.
Menurutnya, guru terbabit tidak bersetuju dengan pandangan itu dan mencabarnya melaporkan ke pihak atasan.
“Sepatutnya mengikut SOP, selepas tiga kali perbincangan dengan ibu bapa, barulah seseorang pelajar boleh dirotan.
“Mengikut pekeliling kuasa guru merotan murid, kuasanya pada pengetua dan bukannya pada guru terbabit dan setahu saya tiada surat kebenaran kuasa merotan itu.
“Anak saya terus dirotan di hadapan saya, pada kali pertama saya hadir berbincang dengan pihak sekolah, waktu itu ada tiga lagi rakannya turut dirotan di hadapan ibu bapa masing-masing dan beberapa orang guru,” katanya.
Menurutnya, ini bukan kali pertama guru PK HEM berkenaan bertindak melampau ke atas pelajarnya.
Dia mendakwa tiga rakan anaknya pernah ditendang pada perut dan kepala dihantuk di dinding pada hujung tahun lepas.
“Pernah juga seorang rakan anak saya ditampar lebih kurang 20 kali kerana mengaminkan doa secara kuat dan berbau rokok,” katanya.
Menurutnya, laporan polis dibuat pada 30 Julai lalu dan tiga rakan anaknya turut membuat laporan polis pada hari sama.
Menurutnya, dia akan adukan perkara ini melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan.
“Jika aduan saya tidak mendapat perhatian, saya akan adukan melalui NGO,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat, Che Omar Mohamad ketika dihubungi berkata, pihak berkaitan diarah menyiasat dakwaan itu.
Sumber : Sinar Harian
kalau dibayangkan anak pakcik ni dan kawan-kawannya sepertimana yang diceritakan.. ini jenis kelompok murid yang perlukan perhatian lebih daripada guru guru ni… kesian kat mereka ni.. takut tamat persekolahan tak jadi ‘orang’.. Memang kita (guru guru) kat sekolah amat ambil berat murid murid kelompok ini… cuma kekadang tu tak sempat ambil wuduk .. darah dah sampai kat kepala… kalau dah doa pun dia tak hormat, memang agama pada mereka ni dah tak penting.. yang penting bagi mereka ni cuma perhatian dan mereka berbangga dikelaskan sebagai budak nakal…
Nasihat saya.. seperti biasa .. kekadang kita ibu bapa ni memang akan melenting jika berlaku sesuatu pada anak kita.. berhati hatilah.. para guru ni dibawah lindungan Allah SWT.. jadi biasanya.. perkara yang asalnya nak mengenakan guru akan menjadi sebaliknya.. Allah buka pula aib kita dengan perkataan kita sendiri.. Belum pernah lagi ada kes guru diaibkan oleh ibubapa berjaya..
betullah membuka pekung je pakcik ni… nampak sangat anak dia macama mana.. kalau doa dia boleh “nganjing” tak heran ayah dia sendiri.. satu hari nanti boleh kena juga..
Mak bapak skrg didik ank2 ikut SOP sgt ke? Bljr tksh dgn guru2 yg brsusah pyh mndidik ank2 kita spya jd org yg brguna. Klu rasa dh tk prcaya dgn guru2 sek ajar je ank2 sndri dirumah..
inilah contoh ayah yang mengikut SOP untuk mendidik anaknya..
sampai doa pun boleh dimain-mainkan.
dan nampak sangat perangai anaknya memang “samseng” kat sekolah.
akan datang , anak kau bila nak jaga kau pun mesti kena ikut SOP , Apa yang kau buat hari ini .. satu hari kau akan merasa balik..