Home Berita Pelajar boleh bawa peranti kecuali telefon bimbit

Pelajar boleh bawa peranti kecuali telefon bimbit

10
3

GENTING HIGHLANDS: Kementerian Pendidikan bakal membenarkan pelajar sekolah di seluruh negara menggunakan alat peranti kecuali telefon bimbit di sekolah, bermula awal tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan membenarkan penggunaan peranti secara terkawal di sekolah itu kini dalam peringkat akhir perbincangan termasuk penetapan garis panduan dan pengeluaran pekeliling.

Bagaimanapun katanya, telefon bimbit dikecualikan daripada kebenaran penggunaan alat peranti di sekolah kerana ia dilihat mampu mengganggu dan menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas.

“Melihat kepada gelombang teknologi masa kini, kebanyakan negara maju sudah lama membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran dalam kelas.

“Apapun kementerian masih meneliti kaedah terbaik dalam mengawal penggunaan alat peranti termasuk hanya dikhaskan untuk masa dan subjek tertentu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-24 di Institut Aminuddin Baki, di sini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Sri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Sebelum ini kementerian pernah bercadang membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementerian.

Sumber: Berita Harian

 

3 COMMENTS

  1. Pro – pengurangan drastik berat kg beg murid2 tanggung & banyak web pendidikan boleh diguna, pelaksanaan VLE Frog secara maksima dalam kelas.

    Kontra – ada murid yg tidak mampu memilik tablets, ketinggalan. Fungsi tabs disalahguna murid untuk download games app, tiada kemudahan wifi mencukupi, lebih bebanan guru harus pantau kes kecurian tabs dsb.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here