Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M merupakan insentif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya kepada golongan sederhana dan miskin. Permohonan BR1M bagi tahun 2014 telah di buka pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Jan 2014. Mungkin ramai yang mencari borang BR1M tahun ini.
![]() |
BR1M 2014 |
Bagi rakyat Malaysia BR1M mampu meringankan sedikit sebanyak beban perbelanjaan isi rumah dan perbelanjaan sekolah anak-anak. Tambahan pula pada 2014 ini kenaikan harga barang dan beberapa bil-bil keperluan asas serta beberapa tol lebuhraya bakal mengalami kenaikan, dengan adanya BR1M mungkin dapat menampung beberapa kos perbelanjaan yang meningkat.
BR1M 2014 dijangkan akan dibayar mulai Februari 2014, dan mungkin secara berperingkat-peringkat.
Pendaftaran boleh dilakukan secara online di www.hasil.gov.my @ https://ebr1m.hasil.gov.my/
Permohonan BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang BR1M di Pejabat LHDN yang berhampiran.
Ada 4 kategori penerima BR1M;
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 kebawah : RM650
- Individu bujang berusia 21 tahun & keatas dengan pendapatan RM2000 ke bawah : RM300
- Isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3001-RM4000 : RM450
- Warga emas berusia RM60 tahun ke atas & tinggal sebatang kara : RM650
Borang permohonan BR1M secara online LHDN borang BR1M , mungkin mengalami sedikit kesulitan untuk melayarinya, jadi mohon bersabar. Untuk pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi Talian Hotline BR1M 1-800-88-2716