Inventori Sahsiah Keguruan ( INSAK) merupakan soalan wajib di dalam UKCG dan MTEST. Soalan INSAK meliputi beberapa aspek dan topik yang diketengahkan seperti;
Sahsiah Keguruan
– Nilai nilai diri
– konsep Kendiri
– Nilai-nilai budaya Masyarakat dan Kesusilaan
– Penerapan Nilai Murni
– Personaliti
– Kecerdasan Emosi
– Peranan Guru dan Tanggungjawab
Amalan Sahsiah Keguruan
– Kewibawaan
– Kepimpinan
– Kawalan Kelas
Contoh soalan UKCG / Mtest Insak;
1. Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.
A. setuju. B. Tidak setuju.
2. Sekolah tidak bertanggung jawab dengan kesalahan guru.
A. setuju. B. Tidak setuju.
3. Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja.
A. setuju. B. Tidak setuju.
4. Saya akan dipandang rendah jika merendah diri.
A. setuju. B. Tidak setuju.
5. Berbincang teknik mengajar dengan rakan sejawat akan merugikan masa.
A. setuju. B. Tidak setuju.
6. Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam.
A. setuju. B. Tidak setuju.
7. Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa.
A. setuju. B. Tidak setuju.
8. Melakukan kesilapan bukan perkara yang memalukan, yang penting mesti berusaha membetulkannya.
A. setuju. B. Tidak setuju.
9. Jika tersilap, biar masa melupakannya.
A. setuju. B. Tidak setuju.
10. Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya melaksanakannya.
A. setuju. B. Tidak setuju.
11. Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat.
A. setuju. B. Tidak setuju.
12. Saya menepati masa melaksanakan tugas saya.
A. setuju. B. Tidak setuju.
13. Saya rajin bekerja dengan harapan majikan memuji saya.
A. setuju. B. Tidak setuju.
14. Apabila bekerja dengan rakan sejawat, biasanya saya memimpin dan banyak member arahan daripada mengikut kata mereka.
A. setuju. B. Tidak setuju.
15. Kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal walaupun ada masa lapang.
A. setuju. B. Tidak setuju.
16. Saya berminat kerja guru kerana ia boleh mendapat gaji lumayan.
A. setuju. B. Tidak setuju.
17. Sungguhpun ada banyak risiko dan cabaran dalam tugas, saya bersikap positif menghadapinya.
A. setuju. B. Tidak setuju.
18. Jika saya tidak gembira, saya akan member teguran tanpa mengira kedudukan orang.
A. setuju. B. Tidak setuju.
19. Jika prestasi saya ditegur, saya akan berusaha mengundur diri.
A. setuju. B. Tidak setuju.
20. Sebelum ambil tindakan, saya menimbang langkah-langkah kejayaan mencapai objektifnya.
A. setuju. B. Tidak setuju.
(Baca juga Peraturan Menghadiri UKCG)
Ini adalah 20 contoh soalan INSAK di dalam UKCG / MTEST. Muat Turun Contoh soalan UKCG di bawah.
UKCG