Sekiranya anda tidak sihat, anda dapat MC dari pihak yang berkelayakan (Doktor Perubatan) memberitahu anda tidak dapat menjalankan tugas, anda menghubungi sekolah dan memberitahunya kepada pentadbir.. Untuk memohon cuti sakit. 
Guru Cuti Sakit
Persoalannya, adakah pentadbir mempunyai kuasa untuk melarang anda bercuti, dan memanggil anda bekerja?


Perkara yang perlu ada dalam diri Pentadbir adalah budi bicara. Budi bicara ini juga perlu disertakan sekali dengan kepercayaan dan kebijaksanaan.
Tidak mempercayai Surat Cuti Sakit bermakna meragui Doktor yang merawatnya. Sekiranya pihak pentadbir lebih pakar dari Doktor Perubatan maka dia bolehlah cek kesihatan orang di bawahnya. Tindakan mengugut guru dengan markah prestasi menunjukkan tiada toleransi dan tiada budi bicara.