Penilaian prestasi merupakan perkara yang sensitif bagi sesetengah pihak, pelbagai reaksi jika diberikan markah yang tidak memuaskan, namun ada juga yang tidak ambil kisah, buat kerja sahaja, berapa nak bagi kita terima sahaja.
Jika sekarang ini yang menilai guru adalah pentadbir, dan kita juga sedia maklum, bukan semua mampu menilai dengan tepat, kerana tiada seorang pun yang mampu menilai segala aspek.
Pentadbir melihat guru bekerja, guru juga melihat pentadbir bekerja.. Mungkin cadangan guru di bawah ini ada pro dan kontranya..
Bersetujukah saudara dan saudari jika cadangan supaya NUTP mengusulkan Penilaian Prestasi utk Guru Besar, Pengetua dan Pentadbir 50 % markah adalah drpd penilaian guru-guru dan staf dan 50% lagi dari Pegawai PPD daerah. Rasional usul kerana guru-guru lebih tahu mcm mana budaya kerja Guru Besar dan pentadbir itu sendiri. Jadi di situ ada win win situation bkn sahaja pentadbir menilai pekerja.Beri ruang pekerja memberi skor utk pentadbir.Maka insyaallah akan wujud budaya kerja cemerlang kedua dua belah pihak dan memangkinkan mutu pendidikan anak2 bangsa secara tidak langsung.
Sebenarnya penilaian seperti ini pernah dicadangkan, ia dipanggil penilaian 360°. Orang bawah boleh menilai orang atas, rakan sejawat juga boleh menilai kita. Maknanya orang yang bekerja bersama kita boleh menilai kita.
Namun polisi ini tidak dilaksanakan, mungkin terdapat bantahan dari sesetengah pihak.