Berikutan keresahan guru dalam membuat Kursus iThink Luar Talian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan hal ini.

Kenyataan media ithink

Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil berat berhubung keresahan guru dalam melaksanakan KiLT yang perlu dibuat ketika ini. Sehubungan dengan itu, KPM mengambil keputusan untuk memberi kelonggaran kepada guru dan pentadbir sekolah menamatkan kursus iThink pada bila-bila masa mengikut keupayaan masing-masing.

Pada masa yang sama KPM akan menambah baik pelaksanaan kursus ini dengan mengurangkan bilangan modul yang perlu dilalui oleh guru.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

5 DISEMBER 2017

Berdasarkan kenyataan media ithink di atas, ini bermakna guru tidak terikat dengan tarikh tutup hujung tahun ini. Terpulang pada guru untuk menyiapkannya mengikut masa yang ada.

Diharap berita ini dapat mengurangkan kebimbangan guru yang sedang menjalani kursus ini.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: