Menduduki rumah baru merupakan impian setiap orang. Mempunyai tempat tinggal sendiri merupakan satu nikmat dan rezeki daripada ALLAH swt. Sama ada rumah sendiri atau rumah sewa, kita patut mensyukuri nikmat tersebut. Walaubagaimanapun, sebelum memasuki rumah baru, ada baiknya kita mengetahui tips, doa dan panduan yang berkenaan. Ini merupakan satu ilmu yang bagus untuk diketahui setiap orang.

Sumber: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

Apabila kita ingin melangkah ke rumah baru pastikan kita menyelusuri beberapa panduan daripada para ulama.

  1. Melaungkan azan.

Ketika pertama kali memasuki baru, kita boleh melaungkan azan. Selain itu, melaungkan azan juga sesuai dilaungkan ketika memasuki bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni.

  1. Membaca surah al-Baqarah

Dalam islam kita digalakkan menghidupkan amalan di dalam rumah dengan melakukan amalan seperti membaca al-Quran. Ketika memasuki rumah baru, seeloknya kita cuba untuk membaca surah al-Baqarah dari awal hingga akhir ayat. Ini untuk mengambil berkat daripada hadis nabi saw.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu sembahyang sunat ataupun membaca al-Qur’an dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


(Hadith Riwayat Muslim)

  1. Sentiasa membaca al-quran dan dirikan solat

Selepas menduduki rumah baru, jangan lupa untuk meneruskan amalan dengan membaca al-quran dan mendirikan solat sunat. Ini penting untuk sentiasa memastikan rumah kita sentiasa mendapat rahmat daripada ALLAH asbab amalan ahli rumah.

  1. Amalkan memberi salam ketika memasuki rumah

“Tiga golongan yang kesemua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup diberi kecukupan dan jika dia mati masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah ‘Azza wa Jalla, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.” (Hadits riwayat Al-Bukhari)

  1. Membaca doa.

Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله

Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke Atas keluarganya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Semoga tips dan panduan serta doa memasuki rumah baru dapat membantu anda ketika ingin memasuki rumah baru.