Dikongsikan di sini Rancangan Pelajaran Tahunan RPT Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR Semakan, namun sebelum itu kita lihat serba sedikit mengenai PI. Pendidikan Islam merupakan Mata Pelajaran yang sangat penting di peringkat Sekolah Rendah. Walaupun ia tidak dimasukkan di dalam UPSR namun ia sebenarnya mempunyai pelaporannya yang tersendiri iaitu e-Pelaporan Bersepadu jQAF dan juga PAFA.

Pendidikan Islam mempunyai pecahan bidang yang banyak, iaitu:

  • Al-Quran
  • Ibadah
  • Sirah
  • Hadis
  • Akhlak
  • Jawi

Oleh yang demikian tanggapan yang mengatakan PAI ini hanya sikit adalah tidak wajar.

Di sini admin ingin kongsikan RPT Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR Semakan untuk 2018, ia merupakan RPT terbaru berdasarkan DSKP KSSR Semakan Tahun 2.

Kepada yang berminat bolehlah dapatkannya di pautan berikut:

PERKARA
RPT Pendidikan Islam Tahun 2
RPT Pendidikan Islam Tahun 1
Koleksi RPT Semua Subjek

RPT juga sebenarnya boleh dibina sendiri berpandukan DSKP yang telah dikeluarkan. Sekiranya dibina dalam kumpulan adalah lebih baik dan lebih mudah.Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang menghasilkan RPT ini. RPT ini telah dihasilkan bersama oleh Jurulatih Utama dari Johor dan juga telah dimurnikan oleh JPN Johor. Moga-moga usaha yang telah mereka lakukan ini kita doakan dikurniakan limpahan rezeki dan rahmat dari Allah S.W.T.

Antara perkara yang penting yang perlu dimasukkan di dalam Rancangan Tahunan adalah:

  • Minggu
  • Tajuk/ Bidang
  • Standard Kandungan
  • Standard Pembelajaran
  • Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Untuk membina RPT anda juga perlu merujuk Buku Teks sebagai panduan anda. RPT biasanya mempunyai sekurang-kurangnya 40 minggu, namun ada juga yang buat hanya 36 minggu dan ada juga yang sehingga 43 minggu.

Berapa jumlah masa seminggu?

Berdasarkan pekeliling, kiraan kini mengikut jam iaitu minima 96 jam setahun. Oleh yang demikian akan dapat:

  • 6 masa Pendidikan Islam (Al-Quran 3, Ulum 2, Jawi 1)
  • 2 masa Tasmik

Terdapat beberapa isu yang berlaku di sekolah berkenaan jadual waktu Pendidikan Islam ini seperti:

Waktu tasmik tidak dapat dimasukkan dalam jadual, terpaksa buat diluar waktu, namun apabila diluar waktu tiada tempat untuk mengadakan tasmik kerana kelas digunakan oleh sesi pagi.

Waktu Al-Quran tidak dapat disusun masuk bersama guru lain dengan teratur kerana pertembungan jadual waktu.

Masa Pelajaran Jawi terlalu singkat, hanya dapat 1 masa seminggu. Memandangkan jawi ini sangat penting dan mengambil masa yang lama.

Kebanyakkan sekolah 2 sesi tidak dapat melaksanakan tasmik 2 masa seminggu di dalam jadual, berikutan jumlah tempat yang terhad dan murid yang ramai.

Namun begitu, masalah ini boleh diselesaikan dengan bantuan dan sokongan daipada pentadbir yang sentiasa komited untuk memastikan Subjek Pendidikan Islam ini akan terus diangkat menjadi Mata Pelajaran yang utama.

Semoga perkongsian RPT Pendidikan Islam Tahun 2 ini dapat membantu anda semua merancang dan membuat Rancangan Pengajaran Harian RPH di sekolah. Terpulang juga kepada anda sama ada mahu mengubah atau menyesuaikannya dengan takwim sekolah supaya lebih teratur dan tersusun.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: