Mata Pelajaran Matematik merupakan subjek yang sangat penting. Ramai murid yang meminati subjek ini, ia sebenarnya subjek yang menyeronokkan.

Di sini Pendidik2u ingin kongsikan kepada rakan-rakan guru, RPH Matematik Tahun 1 KSSR SEMAKAN untuk kegunaan guru-guru.

RPH matematik ini juga telah disusun untuk digunakan lengkap setahun. Kepada guru-guru yang memerlukan RPH ini boleh dapatkan di pautan berikut:

Untuk Versi 1 RPH tersebut adalah dalam versi Google Sheets di dalam Google Drive. Ia telah dihasilakan oleh Kumpulan eDidik Malaysia, pembuat data dari kumpulan Telegram @erphMalaysia yang telah diasaskan oleh Dr. Saga.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

RPH ini diberikan secara percuma anda DILARANG sama sekali MENJUALNYA biarpun anda telah membuat perubahan atau mengemaskininya.

Matematik tahun 1 kini memerlukan daya pemikiran kritis yang tinggi. Penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sudah bermula seawal tahun 1 lagi.

Guru-guru juga perlu mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas untuk memastikan ia dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan guru khususnya yang mengajar tahun 1.

Sekiranya anda ingin mendapatkan RPH subjek dan tahun lain boleh ke: Koleksi RPH

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u