Home info Bayaran Khas Penghargaan RM300 dibayar 10 Ogos ini

Bayaran Khas Penghargaan RM300 dibayar 10 Ogos ini

54
0

YAB Perdana Menteri melalui Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan (BKP) Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 sebanyak RM300.00 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.

Di samping itu, BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 ini turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen sebanyak RM200.00.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

RUJUK SURAT: SURAT EDARAN JPA.800-3/2/4(33)

Selaras dengan keputusan tersebut, kaedah pelaksanaan pembayaran BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 adalah seperti berikut:

Bayaran LAYAK diberikan kepada:

Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56′ dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang layak tersebut merupakan:

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS)2;
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Bayaran 300 penjawat awam

BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 ini TURUT DIBAYAR kepada:

  • Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 dan telah dilantik sebelum 10 Ogos 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut;
  • Guru interim;
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A

Bayaran Bantuan Khas BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 ini akan dibayar pada 10 Ogos 2023 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pernbayaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here