Pendaftaran kemasukan murid tahun 1 bagi tahun 2018 dan 2019
![]() |
Pendaftaran Tahun 1 |
Siapakah yang perlu daftar untuk kemasukan tahun 1 pada 2018 dan 2019?
Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir:
Tarikh Lahir 2 JAN 2011 – 1 JAN 2012
Tahun Persekolahan 2018
Tarikh Lahir 2 JAN 2012 – 1 JAN 2013
Tahun Persekolahan 2019
Pendaftaran secara atas talian di
Tarikh Pendaftaran dibuka: 1 Mac 2017 – 30 April 2017
Adakah yang tahun persekolahan 2019 perlu mendaftar juga?
~ Ya, pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum.
Siapakah yang perlu mendaftarkannya?
~ Ibu Bapa
Panduan Pendaftaran Secara Online oleh ibu-bapa:
![]() |
Pendaftaran Tahun 1 |
![]() |
*Pilih eDaftar Tahun 1 |
FAQ
1. | Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan? | |
Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual. | ||
2. | Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi? | |
Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan. | ||
3. | Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna? | |
Ibu bapa dan penjaga. | ||
4. | Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru? | |
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar Rujukan: Manual Pengguna. |
||
5. | Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan? | |
Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul. | ||
6. | Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa? | |
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan. Rujukan: Manual Pengguna. |
||
7. | Bagaimanakah jika saya terlupa jawapan kepada soalan keselamatan? | |
E-mel kepada pihak admin. |