Terdapat pelbagai jenis laptop dalam pasaran pada masa ini. Rekabentuk luar yang cantik serta teknologi yang canggih mampu menarik perhatian ramai orang. Namun, sebelum membeli laptop, jadilah pengguna yang bijak. Buat sedikit kajian perbandiangan dahulu sebelum membeli laptop pilihan anda. Ikuti panduan memilih laptop yang baik ini..

Tentukan Keperluan Penggunaan Anda

Perkara paling penting dalam memilih laptop adalah dengan menentukan “untuk apa laptop ini akan digunakan”. Maksudnya, kita memilih laptop mengikut kesesuaian penggunaannya.

Netbook

Netbook mempunyai saiz yang kecil dan ringan. Kebiasaannya, ia memiliki spesifikasi yang rendah. Netbook sesuai digunakan untuk tugasan-tugasan menggunakan aplikasi ringan seperti Microsoft Office.

Netbook juga amat sesuai digunakan bagi mereka yang bekerja secara nomad. Berpindah dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Notebook

Seterusnya adalah notebook. Secara asasnya ia sama dengan laptop namun kapisitinya masih di tahap rendah. Ukuran notebook adalah lebih besar berbanding netbook.

Notebook sesuai digunakan oleh pelajar universiti dan pekerja di pejabat. Harganya tidak terlalu mahal, dan mempunyai kapasiti menyimpan data yang lebih besar.

Laptop

Terakhir adalah laptop yang berkapisiti tinggi. Laptop jenis ini biasa digunakan untuk kerja-kerja reka grafik dan permainan video. Laptop jenis ini mempunyai saiz yang lebih besar, lebih berat dan tentunya harganya lebih mahal.

Aplikasi yang digunakan sebagai contoh adalah Aplikasi Adobe Photoshop, Ilustrator, After Effect, Correl, dan sebagainya. Penggunaan yang sesuai adalah bagi aktiviti yang tidak perlu terlalu banyak bergerak.

Bagi pemain video, anda boleh mendapatkan laptop yang mempunyai spesifikasi khas untuk tujuan “gaming”. Laptop ini direka khas dengan keperluan untuk perkembangan permainan video game. Harganya amat mahal tapi berbaloi dengan kepuasan yang bakal anda rasakan.

Laptop Apa Yang Bagus?

 

Secara ringkasnya apabila kita mahu membeli laptop anda perlu ketahui perkara berikut:

  • Processor yang digunakan.- Disarankan sekurang-kurangnya i5, kalau ada bajet lebih boleh ambil i7, dan sekarang pun dah ada i9.
  • Ram berapa GB – Sekurang-kurangnya 4GB, disarankan terus upgrade Maximum 8GB
  • Ada Grafik Kad – Yang standard pun tidak mengapa, melainkan anda ‘gamer’ kena ambil yang lebih ‘power’
  • Kapasiti Saiz SSD / HDD –  Minima 500GB, lebih baik 1TB
  • Ada pemain CD/DVD – Yang ikut pada keperluan anda, kebanyakan model nipis tiada.
  • Ada sistem penyejuk – Kebanyakan model terbaru sudah ada sistem ini.
  • Saiz Skrin dan Jenis Touch Screen atau tidak
  • Berat –  Lebih ringan lebih memudahkan
  • Windows Terbaru – Windows 10
  • Software yang diberikan, seperti Microsoft Office, Antivirus dan sebagainya

Pilih Sistem Operasi Yang Biasa Digunakan

Secara asasnya, terdapat 3 jenis sistem operasi bagi komputer mahupun laptop. Ketiga-tiga jenis system operasi itu adalah Windows, Chrome Os dan Mac OS X (hanya untuk pengguna Macbook sahaja).

  • Windows

Berdasarkan kajian, lebih ramai pengguna laptop menggunakan sistem operasi Windows. Ini kerana kebanyakan perisian komputer dicipta sesuai dengan keperluan Windows.

Sistem operasi terkini yang digunakan adalah Windows 10. Ia mudah digunakan.

  • Chrome OS

Chrome OS pula merupakan sistem operasi yang dicipta oleh syarikat Google. Ia menggunakan pelayar Google Chrome sebagai muka depan desktop penggunanya.

Chrome OS membantu penggunanya melayari internet dengan lebih cepat. Ia juga memudahkan penggunanya menyemak email, interaksi di media sosial dan sebagainya.

Tidak ramai orang menggunakan Chrome OS. Ini kerana ia berlu sentiasa berhubung dengan internet. Tanpa capaian internet, system operasi ini tidak dapat digunakan dengan sebaiknya.

  • Mac OS X

Mac OS X pula merupakan system operasi yang digunakan bagi semua komputer dan laptop keluaran Apple.

Mac OS X mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Windows. Namun terdapat beberapa perbezaan pada paparan desktop dan taskbar.

Mac OS X merupakan system operasi yang sesuai bagi mereka yang mementingkan kualiti dan prestasi. Harganya tentu lebih mahal berbanding laptop yang menggunakan sistem operasi yang lain.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Memiliki laptop yang cantik dan elegan dan berprestasi tinggi tentunya menjadi impian semua orang. Namun, kita harus berpada-pada. Pilihlah laptop mengikut kesesuaian penggunaanya serta harga yang mampu kita miliki. Anda boleh menambah kapasiti prestasinya sedikit demi sedikit pada masa akan datang.

Terdapat pelbagai jenis laptop dalam pasaran pada masa ini. Reka bentuk luar yang cantikserta teknologi yang canggih mampu menarik perhatian ramai orang. Namun, sebelum membeli laptop, anda seharusnya menjadi pengguna yang bijak. Berfikir dahulu sebelum membeli.

Berikut merupakan beberapa kriteria penting yang anda harus teliti sebelum membuat keputusan membeli laptop.

Pemilihan Processor

Processor boleh diibaratkan sebagai otak bagi sesebuah computer. Ia bekerja dengan cara menerima maklumat dari pengguna lalu memproses maklumat tersebut.

3 jenis processor yang terkenal di pasaran adalah Intel Core i3, Intel Core i5 dan Intel Core i7. Apakah perbezaan antara ketiga-tiga jenama ini?

Intel Core i3:

  • Tidak menyokong  teknologi Hyper-Treading automatik antara 2.933 GHz sehingga 3.2 GHz
  • Clock Graphics Processor 100 MHz
  • L3 Cache 4 MB
  • LGA Socket 1156
  • Core I3 dapat mengintegarsikan Virtualizing Tecnology dengan GPU (Graphic Processing Unit) sehingga meproses dengan lebih cepat.

Teknologi Hyper-Treading merupakan kemampuan untuk stimulasi jumlah processor yang ada sehingga mampu bekerja secara multi- processs pada bahagian kecil. Dengan adanya teknologi ini, laptop dapat berfungsi dengan lebih cepat dan efisyen.

Walau bagaimanapun, technologi Hyper-Trading ini hanya disokong oleh Intel Core i5 dan i7.

Perbezaan teknologi pada processor tentunya menyebabkan perbezaan harga pada laptop yang ingin anda miliki. Laptop Intel Core i3 berharga lebih rendah berbanding i5 dan i7.

Sekiranya anda sekadar menggunakan laptop untuk menaip atau melayari internet, laptop dengan processor Intel Core i3 sesuai untuk anda.

Berikut merupakan beberapa jenama laptop dengan processor Intel Core i3:

  1. ASUS VivoBook Max X441UV-WX280T
  2. Lenovo IdeaPad 320-14ISK
  3. ASUS X441UV-WX091D / WX092D / WX095D / WX099D
  4. Acer Aspire E5-475-31TQ
  5. ASUS VivoBook A405UR-BV025

Intel Core i5:

  • Menyokong teknologi Hyper-Treading
  • Terdiri dari 2 processor Dual Core. Terdapat juga siri i5 yang mempunyai 2 processor Quad Core, namun tidak menyokong teknologi Hyper-Treading
  • Turbo Boost maksimum overclocking automatik antara 2.4 GHz sehingga 3.33 GHz.
  • L3 Cache 4-8 MB
  • LGA Socket 1156
  • Intel HD Graphics
  • Maximal RAM 16 GB

Umumnya laptop Intel Core i5 mempunyai 2 processor Dual Core. Ini menjadikan ia beroperasi secara multi tasking dan lebih efisyen. Laptop jenis pula lebih sesuai untuk menampung software yang lebih berat.

Beberapa contoh laptop dengan processor Intel Core i5 adalah seperti berikut:

  1. ASUS A442UR-GA041T / GA042T / GA043T / GA044T
  2. Lenovo IdeaPad 520s-0VID
  3. ASUS VivoBook S15 S510UQ-BQ439
  4. Acer Aspire E5-476G-54U3
  5. ASUS A456UR-GA090D / GA091D / GA092D / GA093D / GA094D

Intel Core i7:

  • Menyokong teknologi Hyper-Treading
  • Turbo Boost maksimum overclocking automatik antara 1.73 GHz sampai 3.33 GHz
  • L3 Cache 8-12 MB
  • Teknologi Intel QuickPath Interconnect yang berfungsi untuk mempercepatkan proses bacaan data mencapai 25.6 GB /saat
  • LGA Socket 1156
  • Intel HD Graphics
  • Maximal RAM sebesar 24 GB

Laptop jenis Intel Core i7 pula memiliki processor Quad Core dengan kepantasan 0.07 GHz pada setiap processor. Terdapat juga laptop jenis ini yang mempunyai 6 processor. Dengan kapasiti processor sebegini, laptop jenis Core i7 mampu berfungsi dengan tugasan yang lebih berat seperti Video Rendering dan Gaming.

Beberapa contoh laptop dengan kapasiti Intel Core i7 adalah seperti berikut:

  1. ASUS Zenbook UX310UQ-FC337T
  2. ASUS X450JB-WX001D
  3. ASUS A442UR-GA030D / GA031D
  4. ASUS ROG GL552VX-DM018D
  5. ASUS A442UR-GA030T / GA031T

Memiliki laptop yang cantik dan elegan dan berprestasi tinggi tentunya menjadi impian semua orang. Namun, kita harus berpada-pada. Pilihlah laptop mengikut kesesuaian penggunaanya serta harga yang mampu kita miliki.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u