MUQADDIMAH SURAH AL-KAHFI

Surah in diturunkan di Mekah, mengandungi 110 ayat. Dinamakan surah “Al-Kahfi” (Gua), kerana perihal penduduk gua itu ada disebutkan pada ayat-ayat 9 — 26.

Intisari kandungannya: Menerangkan kebenaran Al-Qur’an. Menegaskan dasar tauhid serta mendedahkan kesesatan kaum kafir yang menda’wa secara dusta bahawa Aliah (s.w.t.) beranak-pinak.

Bagi menjawab pertanyaan kaum kafir kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) yang hendak menguji kebenarannya, Allah Ta’ala menceritakan perihal “Ashaab’ul-Kahfi” yang sebenar-benarnya.

Surah alkahfi 1 hingga 10


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Kemudian diterangkan bahawa kekayaan dan anak-pinak yang ramai memanglah baik bahkan menjadi perhiasan dunia yang sangat-sangat diperlukan. Tetapi janganlah menjadikan anak-pinak dan hartabenda itu untuk kesenangan dan perhiasan dunia semata-mata bahkan hendaklah kita berusaha menjadikannya sebagai jalan dan alat bagi menerbitkan amal-amal salih yang kekal faedahnya untuk kesenangan dan kebahagiaan kita di akhirat sama.

Oleh itu, sungguh beruntung orang-orang yang dapat berusaha untuk kebaikan dunianya dan akhiratnya.

Diceritakan pula kisah Nabi Musa (a.s.) dan Nabi Khidhir (a.s.), sebagai membuktikan bahawa Allah jualah yang berkuasa mengurniakan ilmu pengetahun kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Kemudian diceritakan perihal “Zu’l-Qarnain” — seorang raja yang beriman lagi salih, bijaksana dan memerintah dengan adil. Untuk menyekat langgaran kaum Ya’juj dan Ma’juj yang kejam ganas, ia telah mendirikan tembok besi yang kukuh.

Surah ini diakhiri dengan menerangkan tentang luasnya ilmu Allah ‘Azza wa Jalla yang tidak terhingga itu, dan memerintahkan Nabi Muhammad (s.a.w.) supaya menengaskan kepada umat manusia seluruhnya, bahawa ia seorang manusia, dan bahawa ia diutus untuk menegakkan dasar tauhid dan membasmi perbuatan syirik.