Home info Guru jangan sibuk nak berniaga

Guru jangan sibuk nak berniaga

75
0
Larangan guru berniaga

Guru dinasihat tidak sibuk berniaga atau menjadi kontraktor kerana ia akan menjejas tugasan utama mereka sebagai seorang guru.

Datuk Dr Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah,  berkata, pihaknya ada menerima banyak laporan bahawa ada guru di negeri ini yang turut bekerja sebagai peniaga dan menjadi kontraktor.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Guru-guru kena faham bahawa tugas utama ialah kita memberi pendidikan, bukan kerja di luar. Jadi maknanya fokus kita memberi ilmu kepada anak-anak Sabah dan mendidik.

“Kami ada menerima banyak laporan dan hal ini menggangu tugas utama mereka,” katanya dalam sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Bestari, sempena lawatan kerja melawat sekolah-sekolah daif di Sandakan pada Sabtu.

Ketika berucap dalam program itu beliau berkata guru yang suka berniaga harus memilih salah satu sahaja pekerjaan.

“Kalau mahu berniaga dan menjadi kontrakor, baik berhenti daripada menjadi guru.”

Astro Awani

Isu guru menjalankan perniagaan sebenarnya telah lama, namun kebanyakkannya hanya sebagai kerja sampingan.

Kos hidup menyara keluarga tidak seperti dulu, dengan harga rumah yang melambung tinggi, kos pengasuh, kos anak-anak bersekolah dan pelbagai lagi membuatkan guru perlu mencari pendapatan sampingan.

Guru juga terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk anak-anak murid, menghias kelas, membuat program, bbm, kertas dan banyak lagi. Bahkan guru yang ada pendapatan sampingan ini tidak kedekut untuk memberikan sumbangan secara sukarela.

Walaubagaimanapun, tugas hakiki sebagai guru sememangnya tidak boleh diabaikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here