Status terkini di Facebook Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid iaitu SKPMg2 ditangguhkan buat masa ini.

Perkara ini juga mendapat perhatian netizen terutamanya warga guru.

Penangguhan ini mungkin kerana pihak KPM ingin membuat penambahbaikan dan semakan semula.

Berikut adalah status dari beliau:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


“Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) ditangguhkan buat masa ini sehingga dimaklumkan tahun hadapan. KPM akan memberi perincian penangguhannya kelak. Harap maklum.”

Tak tahu apa itu SKPMg2 rujuk sini.

Kementerian akan memberikan perincian penangguhannya dalam masa terdekat, anda boleh merujuk laman web KPM dari masa ke semasa berkenaan hal ini.