Peruntukan keseluruhan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Bajet 2018 berjumlah RM45.9 bilion, ia merupakan angka yang cukup besar.
Berdasarkan poster yang dikeluarkan oleh KPM di bawah, RM3.1 bilion diperuntukkan untuk 3 jenis bantuan, RM2.5 untuk naik taraf sekolah daif atau bina baharu terutamanya di Sabah dan Sarawak.
RM350 juta pula untuk selenggara sekolah-sekolah yang terpilih, RM500 juta untuk selenggara sekolah berusia 20 tahun ke atas dan RM190 juta untuk penyediaan 2000 bilik darjah abad ke 21 di 1000 buah sekolah.
Semoga peruntukkan ini dapat digunakan dengan sebaiknya dan berhemah untuk kepentingan rakyat Malaysia.