Bermula Mac 2017 Pengisian NKRA SKPMg2 secara online adalah melalui Portal NKRA KPM, di mana sebelum ini ia diisi di portal eNazir. Sebelum pengisian secara online dibuat, pihak sekolah perlu memahami Prosedur Pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2.
Namun jika anda login di enazir ia akan tetap membawa anda ke web nkra.moe.gov.my.
Apakah maksud NKRA?
NKRA adalah singkatan dari National Keys Result Areas yang bermaksud Bidang Keberhasilan Utama Negara, di sini kita memfokuskan kepada NKRA Pendidikan.
TUBUHKAN JAWATANKUASA SKPM SEKOLAH (JKSS)
Ahli JKSS yang dicadangkan adalah seperti berikut:
- Pengetua/Guru Besar
- Semua Penolong Kanan
- Setiausaha JKSS
- Setiausaha Kurikulum, Setiausaha Kokurikulum dan Setiausaha HEM
- Guru Data dan Guru ICT
PILIH DAN LANTIK PASUKAN PELAKSANA STANDARD (PPS)
- PPS yang dilantik sebolehnya hendaklah seorang warga sekolah yang bertanggungjawab secara langsung
dalam pelaksanaan tugas yang berkaitan dengan sesuatu Aspek/TUMS. - Setiap PPS boleh mempunyai lebih daripada seorang ahli.
- Setiap orang boleh menganggotai lebih daripada satu PPS.
- Pembahagian tugas PPS hendaklah adil dan mengikut kepakaran dan minat masing-masing.
- PGB tidak dinamakan sebagai ahli PPS kecuali dalam Standard 4.
Tentu ada yang bertanya apa maksud TUMS?
Tums adalah singkatan dari Tindakan Untuk Mencapai Standard.
Aliran Kerja Pelaksanaan NKRA Skpmg2 Di Sekolah Bagi Setiap Peringkat Pengisian | ||
PROSES | TINDAKAN | TEMPOH |
Mengeluarkan arahan berkenaan proses penilaian kendiri SKPMg2 kepada JKSS dan PPS | PGB | Minggu 1 Jan/Apr/Ogos |
Menyediakan salinan Aspek/TUMS yang mencukupi bagi PPS mengikut bidang masing-masing. (Kurikulum/Kokurikulum/ HEM/Pentadbiran) |
Semua Setiausaha |
Minggu 1 Jan/Apr/Ogos |
Mengedarkan salinan Aspek/TUMS kepada PPS yang berkenaan dengan arahan tugas yang jelas. |
PGB/PK | Minggu 1 Jan/Apr/Ogos |
Membuat penilaian dan menyatakan evidens menggunakan salinan Aspek/TUMS dan mengembalikan hasil penilaian yang telah ditandatangan oleh PPS kepada JKSS. |
PPS | Minggu 2 & Berterusan |
Mengumpul semua hasil penilaian mengikut bidang masingmasing dan serah kepada PK masing-masing. | Semua Setiausaha |
Berterusan |
Menyemak hasil penilaian dan menyerahkan kepada Guru Data dan Guru ICT untuk dimasukkan (key-in) ke portal. | PK | Berterusan |
Key-in data ke portal dan kembalikan dokumen penilaian (Salinan Aspek/TUMS) kepada PK untuk disimpan. | Guru Data & Guru ICT |
Berterusan |
Menyemak dan membuat verifikasi hasil penilaian bagi semua Aspek/TUMS. | PGB | Berterusan |
Skor Pengoperasian sekolah dimuktamadkan | JKSS | NOV |
Cara Login NKRA SKPMg2
Kepada yang ingin log masuk ke dalam sistem NKRA anda perlu ke laman web berikut:
LAMAN WEB NKRA SKPMG2 |
https://nkra.moe.gov.my/ |
PANDUAN PENILAIAN
Bagi seorang guru, salah satu perkara yang penting adalah rujuk di Borang Standard 4 iaitu Pembelajaran dan Pemudahcaraan, 6 perkara yang dilihat iaitu:
- Guru sebagai perancang.
- Guru sebagai pengawal.
- Guru sebagai pembimbing.
- Guru sebagai pendorong.
- Guru sebagai penilai.
- Murid sebagai pembelajar aktif.
Penilaian SKPMg2
Penilaian aspek SKPMg2 menggunakan rubrik lima skala. Rubrik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu rubrik skor Tahap Tindakan dan rubrik skor Tahap Kualiti. Skor maksimum ‘4’ diberikan bagi Tahap Tindakan atau Tahap Kualiti yang telah memenuhi semua perkara yang dinyatakan di dalam rubrik.
Semakin kurang tindakan dilaksana atau semakin kurang kualiti yang dicapai, maka semakin kurang skor yang diperoleh. Tahap/ Skor ‘0’ diberi jika tiada sebarang tindakan dalam rubrik berkenaan.
Penilaian Tahap Tindakan dan Tahap Kualiti
Setiap aspek dalam Standard SKPMg2 dinilai berdasarkan Standard Kualiti dan Tindakan untuk Mencapai Standard (TUMS). Penilaian perlu merujuk rubrik Tahap Tindakan dan rubrik Tahap Kualiti.
Penilaian Tahap Tindakan
Pengiraan skor Tahap Tindakan adalah berdasarkan bilangan tindakan yang dilaksanakan. Bagi mendapat skor maksimum, semua tindakan yang disenaraikan dalam rubrik Tahap Tindakan hendaklah dilaksanakan.
Skor Tahap Tindakan yang tidak memenuhi semua tindakan yang disenaraikan diberi mengikut rubrik bagi skor sama ada 3, 2, 1, atau 0.
Penilaian Tahap Kualiti
Setiap tindakan yang dilaksanakan dinilai kualitinya. Skor tahap kualiti dikira berdasarkan bilangan item kualiti yang dicapai bagi setiap Tahap Tindakan. Setiap tindakan yang dilaksanakan mesti memenuhi semua item kualiti bagi memperoleh skor maksimum.
Bagi mendapat skor penuh, semua item Tahap Kualiti hendaklah dipenuhi bagi setiap tindakan.
Formula Pengiraan Skor
Pengguna hendaklah menentukan Tahap Tindakan sebelum memberi skor Tahap Kualiti. Tanda 1 pada item Tahap Tindakan merujuk tindakan yang telah diambil dan tanda 0 menunjukkan tindakan tersebut belum dilaksanakan.
Tahap Kualiti mengandungi skor 0 hingga 4 berdasarkan rubrik yang disediakan. Hanya tindakan yang telah diambil sahaja yang boleh diberikan skor kualitinya.
Tahap
Sekiranya anda mempunyai masalah berkenaan sistem NKRA SKPMg2 seperti terlupa kata laluan atau sebagainya anda boleh menghubungi pegawai berikut, berdasarkan bidang masing-masing.
Sila hubungi Pegawai yang berkenaan | ||
PERKARA | NAMA | NO TEL |
UNIT NKRA | HELPDESK (Lupa id & kata laluan?) |
8872 1535 / 8872 1536 |
LINUS | Sila hubungi FasiLINUS daerah masing-masing atau UNIT NKRA | |
SKPM | JNJK | 8884 5815 / 4371 |
SBT | KPI Annex2.0 |
03-8321 7443 03-8321 7445 |
SAPS | JU, PPD, JPN |
Semoga sedikit sebanyak maklumat mengenai pengisian SKPMg2 secara online di portal NKRA ini dapat membantu anda. Jangan lupa share untuk manfaat bersama.
Amat bermaksa bagi guru-guru Malaysia