Proses Pengesahan Jawatan sepatutnya berjalan dengan lancar dan tersusun. Namun terdapat banyak laporan daripada rakan-rakan guru yang sedang menunggu pengesahan jawatan memberitahu maklumat mereka tidak wujud ketika membuat semakan di laman web SPP.

Kes ini berlaku kepada mereka yang telah diberi lantikan sejak Jan 2015 lagi, sepatutnya pada tahun ini mereka sudah menerima Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan dari SPP. Sekurang-kurangnya di bulan Ogos 2018 ini mereka sudah ditahap ‘Sedang Diproses’.

Apa yang lebih mengecewakan ketika menghubungi pihak SPP, mereka dimaklumkan bahawa SPP belum menerima apa-apa borang dan dokumen dari PPD.

Berdasarkan rekod, pihak kerani sekolah telah menghantar dokumen seawal hujung 2017 lagi ke PPD.

Ada beberapa orang guru yang ‘follow up’ sendiri di PPD dan mendapati dokumen belum diproses, dan ada yang failnya telah ‘terhumban’ ke tempat kitar semula!

Sampai begitu sekali jadinya, kalaulah hilang dokumen-dokumen penting, semakin rumitlah proses pengesahan jawatan guru-guru ini.

Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Seseorang anggota tetap yang sedang berkhidmat dalam tempoh percubaan layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)

  1. Menjalani percubaan bagi tempoh 1 hingga 3 tahun
  2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi /Program Transformasi Minda (PTM); dan
  3. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

  1. Menjalani percubaan bagi tempoh 1 hingga 3 tahun;
  2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi / PTM;
  3. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan seperti yang disyaratkan mengikut Skim Perkhidmatan; dan
  4. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Bagi anggota lantikan tetap yang telah berkhidmat melebihi tempoh setahun dalam tempoh percubaan dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan untuk PDP tetapi Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan mengikut tatacara di perenggan 11(ii), maka anggota boleh memohon kepada SPP untuk disahkan. Satu salinan permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan.

Berdasarkan kepada permohonan anggota, SPP boleh memulakan siasatan. Sekiranya hasil siasatan mendapati anggota masih kekal dalam tempoh percubaan berpunca daripada kegagalan Ketua Jabatan untuk mengemukakan perakuan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Peraturan 29(3), P.U.(A)1/2012, maka Ketua Jabatan boleh disifatkan melakukan suatu pelanggaran tatatertib:

  • Tidak bertanggungjawab
  • Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
  • Cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Semoga pihak berwajib membuat pemantauan terhadap PPD atau mana-mana pihak yang telah mengabaikan menguruskan proses pengesahan dalam perkhidmatan pegawai-pegawai ini. Rujukan Pekeliling: Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: