Home info Guru Dinasihat Tidak Merungut – Guru Besar

Guru Dinasihat Tidak Merungut – Guru Besar

16
4

Guru dinasihat tidak merungut dengan tugas yang diberikan, ini kerana tugas seorang guru di abad ke 21 ini sememangnya berbeza, kata seorang Guru Besar yang tidak mahu namanya didedahkan.

Guru tidak seharusnya membuat perbandingan tugas guru dulu dan guru sekarang, zaman itu telah berakhir, teknologi bergerak dengan pantas.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Jika kita bekerja seperti 20 tahun dulu maka kita akan ketinggalan jauh kerana sistem pendidikan hendaklah ditransformasi menepati kepada keperluan semasa.

Mengapa tugas guru banyak? Beliau berpendapat, guru sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang menjadi guru. Gaji yang diberikan sememangnya setimpal dengan tugas-tugas yang diberikan. Takkanlah kita hanya sekadar mahu masuk kelas mengajar dan balik.

Selain itu juga, beliau mengatakan ramai guru yang merungut apabila disuruh datang ke sekolah pada hari Sabtu, mereka harus ingat pihak pentadbir berhak memanggil mereka pada Sabtu ke-2 dan ke-4, jika gagal hadir perlulah memberi Surat Tunjuk Sebab.

Cuti guru sudah banyak, lihat sahaja di kalendar, Hari Raya Aidilfitri cuti, Tahun Baru Cina cuti, akhir tahun cuti. Jika jadi doktor, belum tentu dapat cuti yang banyak seperti itu.

Beliau yang lebih 25 tahun menjadi guru itu meluahkan perkara ini kerana kecewa melihat dan membaca komen-komen negatif rungutan guru terhadap profesion perguruan.

Nasihat beliau, jadilah seorang guru yang ikhlas, jujur dan bertanggungjawab. Patuhlah arahan dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh kementerian, jika tidak mahu lagi mengikut dasar kerajaan boleh mohon untuk exit policy atau bersara awal.

(Ini adalah pendapat peribadi beliau sebagai Guru Besar Cemerlang, ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Pendidik2u)

4 COMMENTS

  1. Setelah lebih 20 tahun berkhidmat, pada pandangan saya, guru2 merungut sebab nama sahaja cuti sekolah tapi guru2 tidak dapat bercuti. sewaktu cuti sekolah Guru2 diarahkan menggunakan masa cuti sepenuhnya menanda kertas peperiksaan. Bila hari persekolahan pula, sakit pun guru diarahkan hadir ke sekolah. Bila ambil mc, cuti sakit yg diperolehi dr klinik kerajaan pun dipertikaikan oleh pengetua. Jadi guru2 tiada cuti sebenarnya.

  2. Adakah ini bermaksud guru-guru dinasihati supaya jangan merungut walaupun tidak dapat mengajar dengan terbaik kerana banyak membuat kerja-kerja selain mengajar dan sebagai manusia mempunyai batas tenaga tertentu (badan dan otak manusia tidak mampu untuk bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu), mendapat penyakit berkaitan stress kerana beban tugas yang mengecewakan?

    Saya ingin memberi pdpc terbaik kepada murid-murid saya tapi tenaga saya telah dihabiskan dengan membuat tugas selain mengajar. Betapa hati ini ingin membuat pelbagai bahan bantu mengajar pegun dan interaktif kerana cinta kepada tugas…

  3. Mengapa pula kami yang beragama Kristian di suruh balik pd 27 hb Disember utk Mesyuarat yang pertama bg sesi persekolahan thn hadapan. Kami pun ingin balik ke kampung bersama keluarga yang tercinta terutamanya ibu bapa yang mana usia mrk susah hampir 80 thn. Kalau kampung dekat tak apa. Saya tinggal di Selangor manakala ayah dan emak di Perlis.Bolehkah kami mengambil cuti CRK? Terima kasih.

  4. Kerja yg sehrus seorg guru buat kami jlnkn dengan penuh amanah. Tetapi para pentadbir perlu ingt yg kalian juaga mmpunyai tggjwab dan amanah dlm tugas kalian. Jgn disebabkan kalian mmpunyai autoriti dlm pntadbiran sewenang2 kalian menyuruh para guru mengambil alih tugas hakiki kalian sehingga kami guru2 tidak mampu mengelak dengan bebanan tugas kalian yg sptutnya kalian yg buat. Bila disuarakan kalian fikir kami melawan arahan. Adilkah bgi kami menyiapkan kerja kalian sdgkan kalian ada di sekolah melepak makan brsama guru yg tiada kelas. Sedangkan kalian ade tugas yg prlu kalian buat tetapi tiada sdh tugas kalian sebab sudah diberi pada guru2. Guru besar atau ppd sama sahaja tidk lgsg mnjga kbjikan guru. Jdi jgn guru besar fikir kami guru2 berkira masa dan tenaga. Kami guru2 juga mempunyai kehidpan sebagai seorg anak dan juga ibu bapa. Jangan kamu para pentdbir sekat kehidupan kami atas alasan jgn berkira masa dan tenaga untuk anak murid. Kami telah buat yg trbaik di sekolah untuk tugas kami dari tugas pengkeranian mahupun hal kebajikan murid serta pngajaran dan pembelajaran murid. Ye kamu pentadbir ada hak untyk mmggil kami smsa cuti. Tp pernahkah kamu mmpunyai timbg rasa pada kami. Andai kamu pentadbir mmbina jurang kebencian antra guru2 dan kamu jgn kamu salahkan kami sekiranya kami tidak produktif di sklh. Para pentadbir perlu memperbaiki cara kepimpinan yg septtya untuk mmbina hormat dan kepercayaan kami guru2 terhadap kamu. Faham dulu maksud berkira dlm tugasan, jima kalian nk menuduh kami ini berkira.
    Sekian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here