Soalan Akhir Tahun kebiasaannya dibina oleh pihak sekolah, iaitu guru-guru sendiri. Setiap soalan yang dibina perlulah menepati Dokumen Standard Kandungan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Soalan-soalan yang berkualiti sebenarnya perlulah mempunyai pelbagai aras, ada aras rendah, sederhana dan aras tinggi. Soalan-soalan yang bertaraf Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga perlulah dimasukkan selaras dengan situasi semasa.

Soalan yang telah dibina perlulah disemak oleh Ketua Panitia agar ia menepati Standard, tidak berlaku kesalahan soalan dan kesalahan ejaan.

Setelah soalan telah disemak, barulah dihantar ke Pentadbir untuk disahkan. Kemudian guru-guru kebiasaannya akan menyerahkan kepada Pembantu Am Pejabat untuk di ‘rezo’ mengikut jumlah murid yang mengambil kertas tersebut.

Namun ada juga sekolah yang tidak mempunyai peruntukkan untuk photostat soalan sehinggakan guru-guru terpaksa mengeluarkan dana sendiri untuk photostat soalan.

Soalan yang telah siap akan di ‘stapler’ dan dibahagikan mengikut kelas. Soalan akan dibungkus atau dimasukkan ke dalam fail mengikut jumlah murid dan dilebihkan bilangannya.

Mengikut SOP nya soalan hendaklah diletakkan di bilik Setiausaha Peperiksaan (SUP) sehari sebelum hari peperiksaan pertama bermula.

Adakah soalan yang dibuat perlu meliputi semua tajuk?

Kebiasaannya soalan akhir tahun meliputi tajuk-tajuk yang berada di penggal kedua, dan yang belum diuji oleh guru. Selaras dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mahu menguji tahap murid mengikut aras Band 1 – Band 6.

KOLEKSI SOALAN AKHIR TAHUN SEMUA SUBJEK

Di sini dihimpunkan Koleksi Soalan Akhir Tahun semua subjek bagi Tahun 1 hingga 6.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

Soalan-soalan peperiksaan yang dibuat seharusnya dikumpul di dalam fail oleh Setiausaha Peperiksaan untuk dijadikan Bank Soalan. Ia penting sekiranya berlaku masalah soalan tidak mencukupi, guru boleh mendapatkannya di dalam fail Bank Soalan tersebut untuk dibuat salinan. Ia juga boleh dijadikan sebagai rujukan untuk guru-guru pada tahun hadapan.

Koleksi Soalan Akhir Tahun ini meliputi subjek-subjek berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Pelajran Jawi
  • Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Pendidikan Kesihatan
  • Dunia Seni Visual
  • ICT

Guru yang mengawas peperiksaan hendaklah menulis senarai murid yang tidak hadir di dalam borang yang telah disediakan bersama soalan, ini bagi memastikan guru matapelajaran dapat mengesan siapa yang belum lagi menduduki ujian.

Setelah peperiksaan dijalankan, para guru yang mengawas peperiksaan tersebut hendaklah menghantar semula soalan-soalan ke bilik SUP, dan menandatangani borang penghantaran. Ini bagi mengelakkan soalan ‘hilang’ tanpa dijejaki. Borang rekod penghantaran akan menjadi bukti bahawa anda telah menyerahkan soalan kepada pihak unit peperiksaan sekolah.

Prosuder seperti ini juga telah dilaksanakan di kebanyakan sekolah, setiap kali pengambilan, penghantaran dan pemeriksa kertas soalan akan direkod.

Sekiranya anda ingin berkongsi Soalan bolehlah menghantar kepada kami melalui emel ke: pendidik2u@gmail.com

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan kita bersama, segala sumbangan dan pemberian anda amatlah dihargai. Didoakan anda semua berjaya dan dimurahkan rezeki.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u