Home info Apa itu Obor Hemah?

Apa itu Obor Hemah?

85
0
Obor hemah

Apa itu Obor Hemah?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang Tema Hari Guru 2019 iaitu Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Apa maksud Obor Hemah? Tak pernah dengar pun.

Sebenarnya kalau anda pernah membaca, melihat atau mendengar puisi-puisi dari A.Samad Said pasti anda akan tahu tentang sajaknya yang bertajuk Obor Hemah.

Berikut adalah puisi tersebut:

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah,
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara insan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru…atap ganti ketika pondok bocor,
kitab SEJARAh dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia..sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara darma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutub khanah,
menyediakan kutub khanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya
atas lambungan laut, merangsang
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru…minda segar dan kukuh akar
menghidupkan batin yang bersih,
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkannya asas ilmu.

Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang taqwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.

Obor Hemah
A. Samad Said – 2 April 1988

Hari guru 2019

Puisi ini telah dinukilkan oleh Sasterawan Negara A. Samad Said 30 tahun lalu lagi. Namun kata-katanya masih bermakna buat kita pada hari ini.

Selamat Hari Guru buat semua, semoga kita tabah dan sabar mendidik anak bangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here