Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin sebentar tadi dalam Sidang Media KPM mengumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat pengambilan guru secara one-off seramai 18,702 orang bagi menampung kekurangan guru di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mereka yang ingin memohon perlu menungggu Iklan Pengambilan Khas Guru ini yang akan dibuka pada 7 Julai 2021 nanti.

Mereka yang berjaya akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang kekurangan guru dengan Gred DG41 iaitu sebagai lantikan tetap. Penempatan akan dibuat secara berperingkat mulai Oktober 2021.

Berdasarkan data dari kementerian Pendidikan Malaysia Mata Pelajaran dengan kekurangan guru yang tinggi adalah seperti:

subjek kurang guru

Sekolah Rendah: Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam, TeknologiĀ  Maklumat dan Komunikasi.

Sekolah Menengah: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk & Teknologi.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Mungkin ramai yang bertanya bagaimanakah cara untuk memohon dan apakah syarat-syarat yang diperlukan.

Seperti mana yang kita semua maklum, jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bergred DG41 mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda. Itu antara syarat utama yang perlu dipenuhi, ia juga mestilah dari bidang pendidikan. Dalam kata lain, graduan dari lepasan UPSI, IPGM dan IPTA dalam bidang pendidikan.

Sekiranya ada calon ada Ijazah Sarjana Muda, tetapi bukan dalam bidang pendidikan, perlu mempunyai Diploma Pendidikan untuk memastikan mereka layak untuk memohonnya.

Walau bagaimanapun, berdasarkan jumlah keperluan 18,702 yang dimahukan KPM, ia mungkin termasuk dari kumpulan graduan pendidikan yang belum diberi penempatan, mereka diberikan keutamaan. Namun kali ini pengambilan dibuat secara khas, mereka yang bukan dalam bidang pendidikan atau tiada Diploma Pendidikan juga berpeluang untuk memohon.

Semoga berita ini dapat memberi peluang kepada mereka yang benar-benar berminat untuk menjadi seorang guru dengan jaya.