Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Tugas Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Dengan hormat dan sukacitanya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.Sepertimana YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan media maklum, YBhg. Ketua Setiausaha Negara pada 13 Mei 2020 telah mengeluarkan
kenyataan media bahawa perkhidmatan kerajaan seluruh negara beroperasi sepenuhnya dengan keberadaan penjawat awam sebanyak 70 peratus.

Ini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas dan juga bagi menyokong kepada pertumbuhan semula ekonomi negara.

Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Tugas di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk pelaksanaan Bahagian-bahagian di lbu Pejabat Kementerian, Agensi, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah YBhg. Dato ‘/ Datin/ Tuan/Puan.

Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan arahan atau peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.

Garis Panduan Pelaksanaan Tugas Di KPM Dalam Tempoh PKPB

Semua pegawai yang hadir ke pejabat perlu mengamalkan
langkah-langkah pencegahan termasuk:

3.6.1.mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya
satu (1) meter dengan pegawai lain;


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


3.6.2.sentiasa mencucl tangan dan menggunakan hand
sabinizer;

3.6.3.memakai pelitup muka (face mask);

3.6.4.tidak bersalaman; dan

3.6.5.tidak berkongsi menggunakan peralatan solat seperti
sejadah, kain telekung dan kain pelikat.

Manakala, bagi pegawai dan kakitangan KPM yang masih
berada di kampung sejak 18 Mac 2020 disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepatutnya boleh bergerak balik ke kediaman masing-masing mulai 7 Mei 2020 hingga 10 Mei 2020 yang lalu.

Pegawai dan kakitangan KPM masih boleh memohon
daripada pihak Polls Diraja Malaysia (PDRM) di daerah masing-masing bagi tujuan kelulusan merentas sempadan untuk kembali bekerja.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan dipohon menyelaras
dan memanjangkan maklumat kepada pegawai yang terlibat yang berada di kampung dan memastikan pegawai kembali ke kediaman masing-masing dan seterusnya memulakan tugas berkuat kuasa 27 Mei 2020 (Rabu).

PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA

Arahan Pentadbiran ini terpakai kepada semua pegawai dan kakitangan Bahagian-bahagian di lbu Pejabat Kementerian, Agensi, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah termasuk pekerja lantikan kontrak, Pekerja Sambilan Harlan (PSH) dan pelajar latihan industri.

Arahan pentadbiran ini berkuat kuasa mulai 18 Mei 2020 dan hendaklah dibaca bersekali dengan Arahan Pentadbiran Bilangan 1 Tahun 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 4 Mei 2020 dan peraturan-peraturan lain berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, MKN, JPA dan KKM dari semasa ke semasa.

Arahan pentadbiran ini tidak terpakai kepada guru-guru di sekolah kerana guru perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) / Soalan Lazim (FAQ) yang telah dikeluarkan pada 27 Mac 2020 yang boleh dirujuk di laman web KPM.