Home info Bapa Dakwa Yuran PIBG Mahal

Bapa Dakwa Yuran PIBG Mahal

8
0
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan pertubuhan yang memainkan peranan penting di sesebuah sekolah. Komitmen daripada guru dan ibu bapa mampu meningkatkan dan melonjakkan prestasi sekolah dan murid khasnya.
Sokongan dan kerjasama ibu bapa dalam membantu pihak sekolah amatlah dihargai kerana sekolah merupakan sebuah pusat pendidikan modal insan yang juga sebagai peneraju kepada generasi akan datang yang berperanan dalam pembangunan negara.
Keratan Akhbar Isu Yuran PIBG
Selain dari sumbangan tenaga, ibu bapa juga boleh menyumbang dalam bentuk bantuan kewangan. Mungkin ramai ibu bapa yang bertanya mengapa sekolah masih memerlukan bantuan kewangan sedangkan ia sekolah kerajaan?
Sebenarnya, biarpun sekolah itu sekolah kerajaan, peruntukan kewangan sekolah juga amatlah terhad, dan masih lagi memerlukan sumbangan daripada ibu bapa atau penaja luar.
Apabila ada kewangan yang kuat, pelbagai program dapat dijalankan terutamanya bagi membentuk dan mendidik muri-murid. Diharap ibu bapa tidak salah faham dengan sumbangan yang mereka berikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here