Tawaran Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti Pengajian Peringkat Persediaan Dan Ijazah Pertama Di Bawah Program Khas Jepun, Korea, Dan Jerman (JKPJ) Tahun 2020.

Permohonan online bagi Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman akan mula dibuka pada 9 Mac 2020 (Isnin) sehingga 18 Mac 2020 (Rabu).

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis, dan Jerman (JKPJ).

Mulai tahun 2020, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke negara China.

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2019 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan China.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.

Program korea jepun

PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ)

Apakah itu Program Khas Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman (JKPJ) 2020?


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2020 merupakan program penajaan JPA berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM tahun 2019 dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Kerajaan juga telah menambah baik program ini dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke negara China.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.

Cara Memohon:

Kepada yang berminat boleh membuat permohonan di: https://esilav2.jpa.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan Tarikh tutup permohonan ialah pada:

18 Mac 2019 (Rabu) jam 5.00 petang.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/ pada 5 Mei 2020 (Selasa) jam 5.00 petang.