Home info PKP Fasa 4 Dibenar Keluar Berdua

PKP Fasa 4 Dibenar Keluar Berdua

83
0

Ketua keluarga dibenarkan untuk membawa seorang ahli keluarga untuk keluar. Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, yang telah dikemaskini membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain untuk disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Printer Brother
Iklan ยท Pautan afiliasi Shopee Lihat printer Brother di Shopee

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here