KENYATAAN MEDIA: KPM KOMITED MENINGKATKAN PENGUASAAN MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

KPM menyambut baik saranan yang dikemukakan YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris semasa sesi waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam 16 Julai 2019.

KPM sememangnya sedang melaksanakan kajian terperinci berhubung perkara ini dengan mendapatkan pandangan menyeluruh masyarakat termasuk meneliti aspek penerimaan , kesediaan, mekanisme, dan strategi berkaitan.

KPM sentiasa komited untuk meningkatkan tahap pengusaan mata pelajaran Sains dan Matematik, dalam kalangan anak-anak kita supaya mampu membentuk generasi kalis masa depan. Saya juga ingin menegaskan, semua keputusan yang akan diambil kelak adalah berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan anak-anak Malaysia seluruhnya.

DR MAZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
17 JULAI 2019