Home info Tangga Gaji Penjawat Awam Akan Diselaras: Belanjawan 2024

Tangga Gaji Penjawat Awam Akan Diselaras: Belanjawan 2024

57
0

JOHOR BAHRU: Kerajaan bersetuju melakukan pelarasan tangga gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam melalui Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen, bulan depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Beliau berkata, kajian skim gaji dan persaraan penjawat awam itu dijangka selesai pada tahun depan.

“Saya melihat pelarasan gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam sudah 10, 12 tahun tidak dikaji, tidak dinaikkan.

“Padahal mengikut peruntukan, setiap 10 tahun perlu ada pelarasan (gaji)… tandas bocor kerja saja, gaji pun kerja saya, saya tidak boleh mengadu… saya Perdana Menteri kena selesaikan semua masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Temu Anwar Johor Bahru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, hari ini. – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here