Ramai yang bertanya berkenaan Pengeluaran Awal Award GCR adakah akan dikenakan cukai?
Sebelum itu mari kita fahami apakah maksud award GCR?
Award wang tunai GCR adalah wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan apabila bersara kelak.
Pemberian awal award wang tunai GCR adalah inisiatif yang membenarkan seseorang pegawai menebus jumlah GCR yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Bagaimanakah pengiraan pemberian awal award wang tunai GCR ini dilaksanakan?
1/30 x (gaji hakiki + *imbuhan tetap) x 90 hari
*Nota:
(a) Imbuhan Tetap Jawatan Utama
(b) Imbuhan Tetap Keraian
(c) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
(d) Imbuhan Tetap Perumahan
Rujuk Surat Siaran GCR 2023: https://t.me/pendidik2u/8051
Adakah pemberian awal award wang tunai GCR mendapat pengecualian cukai?
Tidak. Pemberian awal award wang tunai GCR yang diterima tertakluk kepada cukai pendapatan bagi pendapatan tahun semasa di bawah Akta Cukai Pendapatan yang sedang berkuat kuasa.
Ini bermakna Award GCR dikenakan cukai, berapa peratus cukai yang dikenakan?
Pengiraan percent cukai yang dikenakan adalah berdasarkan pendapatan tahunan semasa, dan ia boleh dirujuk di jadual yang telah dikeluarkan oleh LHDN.
Jadual di atas adalah kadar cukai pendapatan 2023
Sebagai contoh, jumlah gaji tahunan anda 60 ribu, pengeluaran GCR 20 ribu, maka pendapatan tahunan anda adalah 80 ribu.