Home info Jawatan Kosong KPT (Berkhidmat di London, Australia, Mesir, New Zealand)

Jawatan Kosong KPT (Berkhidmat di London, Australia, Mesir, New Zealand)

7
0
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), KPT seperti berikut:


1.Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM Washington

2. Pengarah Gred 48 (Terbuka) di EM Ho Chi Minh City

3. Pegawai Gred 48 (Terbuka) di EM Indonesia


4. Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka)
EM London
EM Australia
EM Mesir
EM Washington
EM Chicago
EM Jordan
EM New Zealand

5. Atase Pendidikan (Agama) Gred 41/44 (Terbuka)
EM Australia
EM Washington
EM Mesir
Jawatan Kosong KPT


Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

                    i.            pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
                  ii.            pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
                iii.         mempunyai prestasi kerja di tahap 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2013, 2014 dan 2015);
                iv.            mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
                  v.            bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.
Cara Memohon:
i.            semua permohonan hendaklah menggunakan pdf Borang Permohonan KPT.S.500-8/2/6 Jld.6[pindaan 2014] (229 KB) yang boleh dimuat turun melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu www.mohe.gov.my;

ii.            permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
a.            senarai tugas pegawai terkini;
b.            satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang terkini;
c.            satu (1) salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan yang disahkan;
d.            satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
e.            satu (1) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang lengkap (bermula perkhidmatan sehingga yang terkini); dan
f.            Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2013, 2014 dan 2015).

iii.            semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Tinggi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 15, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p: Urusan Pengambilan EM)
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 21 Disember 2016 (Rabu). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
Temu duga
Hanya calon yang layak dan disenaraikan pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh setahun (1) daripada tarikh tutup permohonan.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia melalui 

e-mel bpsmem@mohe.gov.my.
Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here