Home info Surat Guru Stress Dari Klang Selangor

Surat Guru Stress Dari Klang Selangor

69
0
Guru klang

Beberapa hari lepas, Berita Harian di dalam ruangan surat pembaca ada mengetengahkan surat dari ‘Guru Stress’ dari Jalan Sungai Udang, Klang.

Berdasarkan kenyataan dari guru tersebut, beliau ada mendedahkan penggunaan VLE Frog di sekolah yang tidak mencapai objektif sebenar kerana ia bukan dibuka oleh setiap murid dan guru, bahkan ada yang dipertanggungjawabkan untuk membuka akaun vle frog orang lain supaya nampak aktif. Ini disifatkan sebagai tidak berintegriti bahkan ‘berbohong’ semata-mata untuk nampak aktif oleh pihak atasan, katanya.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Sebenarnya, tidak dinafikan apa yang didedahkan dalam surat tersebut, walaubagaimanapun setelah diteliti mengapa ia berlaku kerana beberapa faktor seperti:

  • Murid tiada akses internet di rumah.
  • Murid tiada laptop dan komputer.
  • Makmal komputer di sekolah yang kurang kelengkapan.
  • Desakan pihak atasan yang mahukan sasaran KPI penggunaan Vle Frog tercapai.

Tidak dinafikan bahawa terdapat perbezaan kawasan luar bandar dan bandar terutamanya dari segi sosio ekonominya. Bahkan boleh dikatakan kebanyakan rumah di bandar sekurang-kurangnya ada sebuah laptop/ komputer dan akses internet.

Kita juga boleh melihat sekolah-sekolah yang benar-benar memanfaatkan penggunaannya, bagaimana kaedah yang digunakan, dan apakah kemudahan yang ada di sekolah tersebut untuk dijadikan contoh dan rujukan.

Rujuk: Panduan Untuk Mencapai KPI Penggunaan Vle Frog

Oleh yang demikian, kita berharap penambahbaikan kelengkapan yang cukup dan akses internet yang pantas agar pelaksanaan Frog Vle ini benar-benar mampu mencapai objektif sebenarnya.

Guru johor stress

Selain daripada itu, isu berkenaan perlu mengisi beberapa aplikasi seperti APDM, HRMIS, eoperasi, SAPS dan sebagainya. Hal ini sebenarnya sudah banyak kali diketengahkan, dan beberapa penambahbaikan sebenarnya telah dibuat untuk mengurangkan bebanan tersebut.

Namun begitu, bukan semua aplikasi ini membebankan malah ada juga kelebihan apabila menggunakannya. Cuma yang menjadi masalahnya apabila terdapat ketidakadilan dalam memberi tugas, sehingga lambakan kerja kepada sesetengah individu sahaja.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here