Beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam sistem pendidikan pada tahun ini iaiitu:

TIGA perkara mengembirakan sebagai seorang guru hari ini.

1. Gred Guru Cemerlang di Sekolah Rendah akan sama sahaja seperti Guru Cemerlang di Sekolah Menengah iaitu sehingga Gred 52 dan Gred 54;

2. Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah yang dah mencapai Gred 48 dan seterusnya boleh kekal di jawatan tersebut dan;

3. Guru Besar Sekolah Rendah Gred 52 dan keatas juga boleh kekal di post tersebut.

Perdana Menteri dalam perhimpunan bersama Warga NUTP seluruh Malaysia turut menjelaskan bahawa guru yang bergred DG48 juga boleh dilantik menjadi penolong kanan tidak terhad kepada DG44 sahaja.

Semalan Dr. Radzi Jidin turut menjelaskan bahawa Guru Besar boleh terus kekal di jawatan tanpa perlu menjadi guru biasa apabila mencapai Gred DG52.

DAPATKAN PRINTER MURAH DI SINI

Perkara ini berikutan keran hampir semua guru di Sekolah Rendah kini merupakan guru berijazah dan mempunyai perjalanan yang jauh dalam sistem pendidikan, boleh mencapai Gred DG52 atau DG54.

Semoga perkara ini dapat memberi semangat buat guru untuk terus berkhidmat dalam dunia pendidikan demi melahirkan generasi yang berguna untuk diri negara dan masayarakat serta agama.

 

Perdana Menteri berkata, peningkatan gred jawatan Guru
Besar dan Guru Penolong Kanan ini akan memberi faedah
secara langsung kepada seramai 2,047 Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di seluruh negara.