A. MENGENAI GERAK MALAYSIA
1. Apa itu aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia berfungsi sebagai platform permohonan
kebenaran perjalanan kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan perjalanan
antara negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Aplikasi ini akan menggunakan data pergerakan untuk membantu Polis Diraja
Malaysia (PDRM) mengawal pergerakan trafik dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dalam usaha melakukan pengesanan kontak.

SKMM_Gerak_Malaysia_FAQ_BM_L

2. Siapa yang membangunkan Gerak Malaysia?
Gerak Malaysia telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa syarikat telekomunikasi, untuk
membantu PDRM dalam menguruskan pergerakan semasa PKPB.

3. Apakah tujuan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
Menyedari pandemik Covid-19 yang berlaku, Kerajaan Malaysia telah
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan semua
pergerakan tidak perlu dari 18 Mac sehingga 12 Mei 2020 dalam usaha
mengekang penyebarannya.

Memandangkan Covid-19 boleh disebarkan secara mudah jika seseorang berada
rapat dengan individu yang dijangkiti, keupayaan mengesan serta sistem
permohonan perjalanan adalah langkah yang penting bagi Kerajaan untuk
menangani penyebaran Covid-19 secara efektif dan memastikan rakyat bebas
daripada virus tersebut.

Aplikasi ini juga memanfaatkan data mobiliti untuk pengesanan kontak hampir
masa nyata1 dalam melengkapkan usaha KKM melakukan pengesanan kontak.

4. Apakah jenis maklumat yang akan dikumpul?
Maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran adalah:
i. Nama
ii. Nombor Telefon
iii. Nombor Kad Pengenalan/Pasport
iv. Alamat Kediaman dengan Bandar, Poskod dan Negeri
v. E-mel (pilihan)
Aplikasi mudah alih itu akan mengumpul data lokasi anda dan mengekalkan rekod
tempat-tempat yang dikunjungi oleh anda, sejurus kebenaran untuk mengakses
perkhidmatan lokasi peranti diberikan semasa proses pendaftaran.

5. Bagaimana kebimbangan mengenai isu privasi data akan ditangani?
Identifikasi pengguna dan maklumat peribadi adalah kritikal untuk memastikan
kefungsian pengesanan kontak adalah berdaya maju dan efektif. Bermatlamat
untuk mengelak penyebaran wabak Covid-19 yang boleh meningkatkan kadar
kematian harian, serta demi menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia, pihak
KKM memerlukan maklumat lokasi untuk memanfaatkan pengesan kontak.
Pengumpulan data peribadi yang relevan hanya akan digunakan untuk
melengkapi usaha-usaha pengesanan kontak.

6. Berapa lamakah aplikasi ini akan digunakan oleh pihak berkuasa?
Penggunaan aplikasi ini akan bermula dari tarikh yang diumumkan oleh Kerajaan
dan segala data peribadi serta lokasi peranti akan digunakan dalam tempoh PKPB
seperti diumumkan dari semasa ke semasa.

Penggunaan aplikasi ini akan ditamatkan apabila Kerajaan mengumumkan
penamatan PKP kelak dan data terkumpul akan disimpan selama tempoh enam
(6) bulan. Selepas enam (6) bulan semua data terkumpul melalui aplikasi ini (data
peribadi dan lokasi peranti) akan dilupuskan.

Meskipun begitu, pengguna boleh membuang aplikasi ini daripada peranti masingmasing sebaik sahaja penamatan PKPB telah diumumkan berdasarkan
peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
1988.

7. Apakah peranti yang menyokong aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
Untuk menggunakan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, anda memerlukan
peranti yang memenuhi keperluan sistem dan keserasian kandungan yang
berkaitan, akses Internet dan sistem operasi yang serasi.
Bagi pengguna peranti Android, aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun dan
digunakan dengan perisian operasi 5.0 (Lollipop) ke atas. Bagi pengguna iOS
pula, peranti perisian operasi iPhone tersebut mestilah iOS 11 ke atas.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


8. Bagaimana saya boleh muat turun aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
Sila kunjungi Apple App Store, Google Play Store ataupun Huawei AppGallery dan
cari ‘Gerak Malaysia” untuk muat turun aplikasi mudah alih tersebut.

9. Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan aplikasi mudah alih
Gerak Malaysia ini?
Tidak. Muat turun dan pendaftaran aplikasi mudah alih Gerak Malaysia adalah
percuma. Kuota data tambahan sebanyak 1GB yang diberikan oleh syarikat
telekomunikasi di Malaysia antara jam 8 pagi hingga 6 petang sepanjang PKP ini
juga bermakna tiada kos penggunaan data semasa aplikasi ini dimuat turun.

B. CARA-CARA MENGGUNAKAN APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA
10. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memuat turun aplikasi
mudah alih ini?
i. LANGKAH 1:
Muat turun aplikasi mudah alih Gerak Malaysia dari Apple App Store, Google
Play Store atau Huawei AppGallery.
ii. LANGKAH 2:

Selepas memeriksa skrin yang menjelaskan tujuan aplikasi berkenaan,
Tekan “MULA SEKARANG” untuk mendaftar sebagai pengguna baharu.

iii. LANGKAH 3:
Masukkan nombor telefon bimbit anda dan klik “HANTAR OTP” untuk
mendapatkan OTP (kata laluan sekali) sebagai proses pengesahan melalui
SMS. OTP merupakan perkhidmatan pengesahan yang membenarkan
telefon dikenal pasti kepada pengguna. Ini adalah untuk perlindungan
peribadi anda.

iv. LANGKAH 4:
Masukkan Kod Pengesahan OTP yang dihantar melalui SMS. OTP akan
dihantar daripada Kod Pendek 62033. Anda mempunyai tiga (3) minit untuk
memasukkan kod pengesahan.
Jika OTP tidak dihantar, sila tunggu selama tiga (3) minit lagi untuk
membolehkan anda klik “Hantar Semula OTP”.

v. LANGKAH 5:
Pengguna dikehendaki untuk memasukkan butiran berikut ke dalam aplikasi
mudah alih:
a. Nama
b. Alamat Kediaman
c. Bandar
d. Poskod
e. Negeri
f. Nombor Kad Pengenalan/Pasport
g. E-mel

vi. LANGKAH 6:
Klik “YA” bagi membolehkan KEBENARAN untuk berkongsi lokasi peranti.

vii. LANGKAH 7:
Klik “BENARKAN” untuk memberi kebenaran kepada Gerak Malaysia
mengesan lokasi peranti.

viii. LANGKAH 8:
Pendaftaran selesai dan anda akan dipandu arah ke laman utama aplikasi
mudah alih Gerak Malaysia.

Adakah saya perlu mengemas kini aplikasi mudah alih ini sepanjang masa?
Ya, berkemungkinan ada ciri dan pembaikan baharu untuk memudahkan
penggunaan, aplikasi mudah alih tersebut perlu dikemas kini sepanjang masa bagi
memastikan anda mempunyai versi yang terkini.

12. Adakah saya perlu pastikan aplikasi mudah alih itu sentiasa aktif sepanjang
masa?
Tidak. Aplikasi Gerak Malaysia akan tetap berfungsi secara pasif (function in
background), dan tidak perlu aktif sepanjang masa. Untuk berfungsi dengan
sempurna, anda hanya perlu memastikan bahawa Perkhidmatan Lokasi (Location
Services) diaktifkan sepanjang masa. Ini bertujuan untuk membantu pihak
berkuasa membuat keputusan yang tepat semasa tempoh ini dalam usaha
pengesanan kontak.

Jika anda menggunakan sistem operasi mudah alih Android, anda boleh
mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi semasa proses penyediaan dan pendaftaran.
Jika anda tidak memberi kebenaran untuk mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi
semasa proses pendaftaran, anda boleh kembali ke menu tatapan (settings menu)
untuk memberi kebenaran kepada Perkhidmatan Lokasi. Latar>Aplikasi>Gerak
Malaysia>Kebenaran>Lokasi

Untuk sistem operasi mudah alih Apple, prosedur sama adalah terpakai melainkan
terdapat pilihan tambahan di mana pengguna boleh memilih untuk hanya
menggunakan Perkhidmatan Lokasi apabila aplikasi mudah alih itu sedang
digunakan. Ini bermakna apabila aplikasi mudah alih tersebut tidak dilancarkan,
ciri penuh aplikasi mudah alih itu tidak akan berfungsi.
Pengguna Apple boleh menetapkan pilihan lokasi mereka di sini: Latar>Gerak
Malaysia>Lokasi. Sila pilih Selalu Aktif (Always On)

13. Apa akan terjadi jika saya menutup perkongsian lokasi peranti?
Jika Lokasi Perkhidmatan ditutup, pihak berkuasa tidak dapat untuk membuat
keputusan yang tepat demi keselamatan awam dan melakukan usaha
pengesanan kontak.
Kami mengesyorkan agar Lokasi Perkhidmatan diaktifkan sepanjang masa.