SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
MENGENAI APLIKASI APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

GARIS MASA APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA VERSI 2.0

4-5 Mei 2020 Kemaskini maklumat destinasi
6 Mei 2020 Analisa maklumat perjalanan
7-10 Mei 2020 Perjalanan antara negeri

Terdapat persoalan mengenai perbezaan di antara Alamat Asal dan Alamat Destinasi dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.

Senario Pertama: Saya terperangkap di kampung dan ingin pulang ke rumah di
kawasan saya bertugas:

ALAMAT ASAL: Alamat kampung di mana anda berada
ALAMATDESTINASI: Alamat rumah di kawasan bertugas

Senario Kedua: Saya ingin mengambil ahli keluarga yang terperangkap di
kampung:

ALAMAT ASAL:  Alamat semasa di mana anda berada
ALAMAT DESTINASI: Alamat lokasi yang ingin dituju (contoh: kampung, asrama, dsb.)

Bilakah Perjalanan Antara Negeri dapat dilaksanakan?
Jadual perjalanan adalah seperti berikut:

TARIKH LOKASI ASAL (DARIPADA)
7 Mei 2020 Kuala Lumpur
8 Mei 2020 Perak, Johor & Kelantan
9 Mei 2020  Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang
10 Mei 2020  Selangor, Negeri Sembilan &Terengganu


Keserasian telefon pintar bagi memastikan aplikasi mudah alih Gerak
Malaysia berfungsi.

Telefon pintar yang telah diubahsuai (rooted) perisian operasi (firmware) didapati
tidak boleh menggunakan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.

Untuk menggunakan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, anda memerlukan
peranti yang memenuhi keperluan sistem dan keserasian kandungan yang
berkaitan, akses Internet dan perisian operasi yang serasi.

Bagi pengguna peranti Android, aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun dan
digunakan dengan perisian operasi 5.0 (Lollipop) ke atas. Bagi pengguna iOS
pula, peranti perisian operasi iPhone tersebut mestilah iOS 11 ke atas.

Saya telah mengisi alamat yang salah dalam ruangan alamat asal dan
alamat destinasi, bolehkah saya membuat pembetulan dalam aplikasi
mudah alih Gerak Malaysia?

Boleh, sekiranya terdapat kesilapan ketika mengisi maklumat dalam aplikasi
mudah alih Gerak Malaysia, anda boleh membuat pembetulan bila-bila masa
sahaja dalam aplikasi tersebut.

Saya ingin mengambil keluarga saya yang kini berada di kampung.
Perlukah semua ahli keluarga membuat permohonan di dalam aplikasi
mudah alih Gerak Malaysia?

Semua ahli keluarga yang berusia 16 tahun ke atas dan mempunyai telefon
pintar mestilah mendaftar dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia. Ini
termasuk pasangan suami isteri dan anak-anak yang ingin membuat perjalanan
pulang ke kediaman masing-masing. Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah
tidak perlu didaftarkan dan boleh di bawa bersama semasa perjalanan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Senario yang dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi mudah
alih Gerak Malaysia?

• Ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang terperangkap di rumah saya
yang ingin pulang ke kampung.
• Saya ingin menghantar ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang
terperangkap ketika berlangsungnya Perintah Kawalan perjalanan (PKP).
• Saya ingin mengambil isteri dan anak yang terperangkap di Gerik. Saya akan
membuat perjalanan dua hala ke Gerik dan pulang ke Petaling Jaya.
• Saya merupakan penduduk asal Batu Pahat, Johor yang kini bekerja
sambilan di Putrajaya sambil menunggu keputusan SPM 2019. Saya
berhasrat untuk pulang ke rumah keluarga dan untuk makluman, ayah saya
akan mengambil saya di Putrajaya dan membawa saya pulang ke Batu
Pahat.
• Anak-anak saya pergi bercuti di rumah atoknya di Senai sebelum PKP dan
saya ingin mengambil mereka pulang ke Klang.
• Saya terperangkap di rumah mertua dan ingin membuat perjalanan pulang ke
kediaman sendiri.
• Muatan kenderaan adalah 1 pemandu dan 3 penumpang. Maksima sebanyak
4 orang dalam kenderaan.

Senario yang tidak dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi
mudah alih Gerak Malaysia?

• Perjalanan dengan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia hanya diguna pakai
bagi senario terperangkap sahaja dan senario berikut adalah contoh-contoh
perjalanan yang tidak dibenarkan:
• Pensyarah atau tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin
pulang ke kampung.
• Menggunakan tempoh perjalanan ini untuk bercuti atau balik kampung.
• Pulang ke kampung untuk mengambil peralatan yang diperlukan untuk tujuan
kerja.
• Keluarga yang menetap di sebuah negeri ingin pergi ke negeri lain untuk
bersama ahli keluarga yang berkerja di negeri tersebut.
• Apa-apa tujuan merentas sempadan atas urusan peribadi dan tidak
melibatkan senario terperangkap.

Senario yang belum mendapat kelulusan bagi memohon perjalanan dalam
aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

• Perjalanan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.
• Perkhidmatan bas ekspres dan keretapi dalam waktu perjalanan dengan
aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.

Sekiranya saya tidak memiliki telefon pintar atau berada di lokasi yang tiada rangkaian perkhidmatan, bagaimanakah saya perlu memohon untuk perjalanan pulang ke rumah saya?

Jika tidak memiliki telefon pintar atau berada di lokasi tiada rangkaian sila
membuat permohonan di balai polis berdekatan secara manual.

Saya memiliki telefon pintar, tetapi saya tidak mahir menggunakan aplikasi
digital?

Bagi individu yang menghadapi masalah untuk mengguna aplikasi dalam telefon
pintar, dinasihatkan agar mendapat bantuan dari saudara mara, jiran atau rakan
berdekatan untuk membuat permohonan.

Apakah jenis kenderaan yang dibenarkan dalam tempoh perjalanan.

Hanya kenderaan persendirian dan kenderaan e-hailing/teksi dibenarkan untuk
perjalanan, namun kenderaan persendirian tidak termasuk semua jenis
motosikal.

Soalan_Lazim_Pergerakan_Rentas