Bagaimanakah cara untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)? Adakah boleh bagi mereka yang bekerja di bawah skim lain masuk ke skim PTD? Sebenarnya ada laluan ‘special’ iaitu Kemasukan Khas ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) melalui SPA.
Berikut adalah iklan pengambilan PTD KHAS ini.
Penjawat Awam di kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) / Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) / Badan Berkanun (yang menggunapakai sistem saraan Kerajaan) Gred 41 dan ke atas yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak adalah dijemput untuk menyertai Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Apakah Maksud Skim PTD ini?
Mungkin ramai yang bertanya soalan ini, skim ini adalah dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional & Pengurusan Tertinggi. Gred jawatannya ialah M41 sehingga Jusa C.
Antara tugasnya ialah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Dalam erti kata lain, PTD ini boleh dilantik menjadi Ketua Jabatan atau Bos di sesuatu Jabatan/ Pejabat.
SYARAT LANTIKAN DAN KEMASUKAN |
|
a | warganegara Malaysia; |
b | telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di skim perkhidmatan semasa; |
c | memperolehi Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini 90% dan ke atas ATAU penilaian kompetensi yang setara; |
d | sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 atau setara; |
e | bebas dari sebarang tindakan tatatertib; |
f | memiliki tahap kecergasan fizikal, mental dan tingkahlaku (karakter) yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan; |
g | mendapat perakuan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan |
h | hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). |
Cara Memohon Pegawai Tadbir Diplomatik PTD Kemasukan Khas
Memohon melalui laman web JPA (www.jpa.gov.my) atau SPA (www.spa.gov.my)
Kemudian perlu melalui 3 saringan berikut:
Saringan 1
Lulus ujian Pra-ELPA(secara atas talian) sebelum dipertimbangkan untuk saringan dan penilaian seterusnya.
Saringan 2
- Lulus Ujian English Language Proficiency Assessment (ELPA) sekurang-kurangnya Band 4.
- Lulus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dan Saringan Inventori Diagnostik Personaliti.
- Memiliki tahap kesihatan yang baik sebagaimana yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
- Cemerlang (Band 5) dalam penilaian Leadership Development and Assessment Programme (LEAP) yang berkenaan.
Saringan 3
- Lulus temuduga kemasukan khas PTD.
- Hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
- Pegawai lantikan tetap akan diberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) semasa menghadiri kursus.
- Pegawai lantikan kontrak akan diberikan kemudahan Elaun Pra Perkhidmatan, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Kertas Projek dan Elaun Latihan Amali.
Syarat Pertukaran Pelantikan Dan Penetapan Gaji
Calon yang berjaya melepasi kesemua saringan:
- akan ditawarkan syarat pertukaran pelantikan yang secara keseluruhannya tidak kurang baik daripada syarat perkhidmatan yang sedang dinikmati oleh pegawai di gred hakiki jawatan asal; dan
- penetapan gaji permulaan bagi urusan pertukaran pelantikan adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan pekeliling-pekeliling berkaitan yang masih berkuat kuasa.
Adakah mereka yang bergelar guru di bawah Skim Perkidmatan Pendidikan DG boleh memohon?
Guru boleh memohon sekiranya cukup syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di atas tadi.
Permohonan adalah secara dalam talian melalui:
PERMOHONAN ONLINE PTD KHAS |
Borang Permohonan PTD Khas |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
18 Ogos 2017 (Jumaat) |
Sebarang pertanyaan dalam urusan ini, sila hubungi :
En. Naim Majdi bin Sulaiman
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Tel : +603-8885 4183 Emel : naim.sulaiman@jpa.gov.my |
En. Mohd. Hafiz Noor bin Razali
Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Tel : +603-8885 4280 Emel : hafiz.razali@jpa.gov.my |
perkongsian yg baik…
terima kasih di atas info..sangat2 membantu