Home info PPD Tidak Dibenarkan Menetapkan Bilangan Fail Panitia

PPD Tidak Dibenarkan Menetapkan Bilangan Fail Panitia

103
0

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan surat siaran berkenaan Pengurusan Fail Panitia Mata Pelajaran bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian khususnya di bilik darjah.

KPM sentiasa memberi penekanan kepada keupayaan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Pelbagai usaha dijalankan bagi membolehkan guru memberi lebih fokus kepada tugas utama mereka iaitu mendidik.

Jika kita merujuk kepada SPI Bil4/1986, berdasarkan perkara 3.4.14 panitia berperanan menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit mesyuarat atau laporan mesyuarat, surat menyurat, laporan dan rekod-rekod yang berkaitan.

Berikut adalah Surat KPM bertarikh 11 Januari 2019 berkenaan Pengurusan Fail Panitia Mata Pelajaran:

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2019/01/Pengurusan-Fail-Panitia.pdf” title=”Pengurusan Fail Panitia”]

Semua dokumen ini boleh disediakan dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dan salinan cetak (Hard Copy). Dalam hal ini pihak sekolah hendaklah menyediakan dokumentasi berkaitan agar pengurusan panitia dapat dikendalikan secara cekap dan berkesan.

Pihak sekolah bertanggungjawab menentukan bilangan fail panitia berdasarkan keperluan dan kesesuaian sekolah masing-masing.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) TIDAK DIBENARKAN membuat penetapan bilangan fail panitia mata pelajaran di sekolah.

Sebelum ini kita dapati ada sesetengah panitia yang ditetapkan bilangan fail sehingga mencecah 14 fail termasuk fail kecil.

Baca juga : Senarai Semak Fail Panitia

Diharap dengan keluarnya surat ini, pihak sekolah diberi kuasa penuh untuk menetapkan bilangan yang sesuai. Kerana tugas hakiki guru adalah mengajar bukan hanya menumpukan kepada membuat fail.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here