Home info Pekeliling Sistem Kehadiran Murid Bil 1 Tahun 2019

Pekeliling Sistem Kehadiran Murid Bil 1 Tahun 2019

88
1
SPI Bilangan 1 tahun 2019

Susulan pengumuman Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik berkenaan penggunaan sistem ekehadiran sepenuhnya di APDM dan guru-guru tidak perlu lagi menggunakan Buku Jadual Kedatangan Murid, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan:

Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019 Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Pengurusan rekod kehadiran merupakan salah satu rekod penting dan utama dalam pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah.

Berikut adalah SPI BIL 1 2019:

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2019/01/Pekeliling-Kehadiran-Murid-SPI-BIL-1-2019.pdf” title=”Pekeliling Kehadiran Murid SPI BIL 1 2019″]

Anda boleh memuat turun pekeliling di atas ?dengan menekan butang ⏬ .

Rekod kehadiran murid adalah rekod rasmi sekolah yang perlu diurus dengan baik, cekap, kemas dan sistematik bagi memastikan rekod tersebut dapat digunakan bagi membantu pihak pengurusan sekolah membuat keputusan dan tindakan berkaitan pembangunan kebajikan, keselamatan termasuk kesejahteraan murid.

Sehubungan itu, KPM telah memutuskan pada 2019 semua kehadiran murid hendaklah direkod oleh Guru Kelas dengan menggunakan Sistem Kehadiran Murid.

Ini bermakna sekolah tidak perlu lagi merekod kehadiran murid di dalam Jadual Kedatangan Murid (JKM)

Walau bagaimanapun, bagi sekolah-sekolah di kawasan yang tiada capaian internet, pihak sekolah perlu memohon kelulusan kepada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pengarah Pendidikan Negeri (bagi negeri yang tiada PPD) untuk menggunakan Jadual Kedatangan Murid (JKM) bagi merekod kehadiran murid.

Tarikh Kuat Kuasa: Surat Pekeliling Iktisas ini berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan. (14 Januari 2019)

Dengan berkuatkusanya surat pekeliling ikhtisas ini, maka surat arahan terdahulu adalah dibatalkan.

Jika sekolah mengalami gangguan capaian internet kehadiran murid perlu dicatat menggunakan Borang Kehadiran Sementara (Ada dalam Pekeliling, Lampiran B)

Guru Kelas hendaklah mengemaskini kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolahan hari berkenaan.

Sistem Kehadiran Murid boleh diskses melalui: https//apdm.moe.gov.my

Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, disah dan difailkan pada hari terakhir bagi setiap bulan.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) pula hendaklah menyemak pelaksanaan perekodan kehadiran murid di sekolah masing-masing.

Pengumuman berkenaan pemansuhan penggunaan Jadual Kedatangan Murid disambut baik guru-guru, terutamanya yang menjadi Guru Kelas.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here