Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan hari yang penting di setiap sekolah, ia merupakan hari di mana para pelajar diraikan dan diberikan penghargaan sebagai pengiktirafan atas kejayaan dalam bidang akademik dan juga bukan akademik.

Pada hari tersebut juga akan turut dihadiri oleh ibu bapa terutamanya yang ingin melihat anak-anak mereka naik pentas menerima hadiah atau sijil kecemerlangan. Melihat anak mereka naik pentas pun sudah membuatkan hati mereka gembira dan bangga atas kejayaan yang diperoleh oleh mereka.

Sebenarnya Hari Anugerah ini bukan sahaja meraikan mereka yang cemerlang dalam bidang akademik sahaja, mereka yang berjaya dalam bidang sukan, kokurikulum, juga turut diraikan dan diberi penghargaan.

Selain itu juga, ada juga sekolah yang turut memberi penghargaan kepada murid yang lemah, tetapi meningkat naik prestasinya, contohnya yang dari kalangan murid Linus, walaupun mereka tidak dapat keputusan cemerlang seperti murid di kelas depan, tetapi mereka juga turut dihargai dari segi peningkatan berdasarkan aras mereka.

Kebiasaannya untuk menjalankan sebuah program hari anugerah yang besar ini memerlukan kerjasama di kalangan semua pihak, iaitu dari pentadbir, guru-guru, PIBG, PIBK dan sebagainya. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua mungkin program tidak dapat berjalan dengan lancar.

Oleh yang demikian kita memerlukan Kertas Kerja Hari Anugerah Kecemerlangan yang baik untuk memastikan program tersebut berjalan dengan lancar dan tersusun.

Antara Senarai Semak yang perlu difokuskan ialah seperti:

  • Jawatan Kuasa Program
  • Senarai Nama Penerima Anugerah
  • Buku Program
  • Senarai Jemputan
  • Hadiah dan Sijil
  • Pengacara Majlis
  • Pengelola Murid
  • Pentas dan Persiapan Tempat
  • Jamuan Makan
  • Jurugambar
  • P.a Sistem
  • Persembahan
  • Disiplin
  • Pendaftaran
  • Protokol dan Sambutan

Kepada yang ingin mendapatkan koleksi contoh kertas kerja yang ada ini boleh dapatkannya di bawah:

KERTAS KERJA HARI ANUGERAH

Di dalam fail di atas juga dihimpunkan sekali dengan contoh Buku Program Hari Anugerah, dan sekiranya anda ingin melihat hiasan pentas pula boleh rujuk di: HIASAN PENTAS (Lebih 190 jenis pentas ada)

Pada hari anugerah juga sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan warga sekolah dengan ibu bapa khasnya kerana turut sama menghadiri majlis yang diadakan.

Kebiasaanya pihak sekolah akan turut menjemput pihak PPD atau JPN, sebagai perasmi atau penyampai hadiah. Namun begitu ada juga sekolah yang menjemput mereka yang dari kalangan Ahli Parlimen atau Adun kawasan. Terpulang kepada pihak sekolah untuk menjemput mana-mana pihak kerana ramai juga yang menjemput dari kalangan Ahli Korporat syarikat GLC dan Swasta kerana dalam masa yang sama ingin memohon sumbangan.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk menguruskan program ini dan memastikan ia berjalan dengan lancar dan tersusun. Jangan lupa share dan like Pendidik2u.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: