Sebelum ini tersebar berita bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan skim pencen yang dinikmati penjawat awam kerana ia menelan belanja yang tinggi.

Disebabkan itu, satu siaran media dari Kementerian Kewangan dibuat bagi mengelakkan salah tafsir kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan 2 Datuk Seri Johari Abdul Ghani, semasa Rancangan Soal Jawab TV3 yang disiarkan 1 November 2017.

Berikut adalah Siaran Media tersebut:

Mansuh skim pencen


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Berdasarkan kenyataan berikut, kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan skim pencen sedia ada, malah kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan akan memberi pilihan kepada kakitangan awam yang baharu pada masa akan datang melalu Skim Potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semoga siaran media ini dapat merungkai kekeliruan yang berlaku berkenaan isu ini.