Home Kertas Kerja Kertas Kerja Penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah

Kertas Kerja Penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah

41
0
KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu, sumber  dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama bagi menarik minat seluruh warga sekolah untuk menggunakan PSS dengan optimum.
Kertas Kerja PSS
Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta mutu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.
2.2 Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan fungsinya sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.
2.3 Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan, mudah disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai dengan sukatan pelajaran masa kini.
2.4 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.
2.5 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here