Antara aktivi yang selalu dijalankan setiap kali kem-kem motivasi, perkhemahan, kursus kepimpinan adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Ramai yang mencari Modul Aktiviti LDK untuk digunakan di dalam aktiviti kumpulan.
Sebagai permulaan kebiasaannya kita akan buat Ice Breaking, apakah maksud ice breaking ini? Ice Breaking ini sebenarnya aktiviti sesi pengenalan, memisahkan ‘geng’ yang sudah biasa, untuk masuk ke dalam kumpulan lain.
Maklumlah kadang-kadang mereka ini nak 1 kumpulan dengan Geng dia sahaja, bila Fasilitator pecahkan barulah kita dapat tengok kepelbagaian, dan ukhwah terjalin. Contoh Ice-Breaking:
Semua peserta berhimpun untuk mendengar taklimat awal dari Ketua Fasilitator, selaku Fasilitator ‘Ice-Breaking’ akan membuat pembahagian kumpulan mengikut Bulan Kelahiran, peserta akan berkumpul mencari ahli kumpulan mereka tanpa menggunakan suara.
Setelah peserta berjaya mencari kumpulan mereka, kita akan dapat melihat beberapa kumpulan berjaya dibentuk, sekiranya ada kumpulan yang terlalu ramai fasilitator boleh keluarkan untuk masuk ke kumpulan lain.
Ini sekadar contoh sahaja, di bawah nanti anda boleh muat turun Koleksi Modul LDK, anda boleh pilih yang mana bersesuaian dengan kelompok peserta anda.
Ia sesuai untuk program:
- Kepimpinan
- Perkhemahan
- Kem Ibadah
- Program Motivasi
- LDK dalam kelas
Ada pelbagai modul aktiviti LDK yang menarik dan boleh disesuaikan mengikut program dan peringkat umur. Di kesempatan ini admin ingin kongsikan Koleksi Modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang boleh digunakan oleh Fasilitator untuk Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah.
Kepada yang ingin mendapatkannya boleh ke pautan berikut: Koleksi Modul LDK
Semoga dengan perkongsian Modul LDK ini dapat membantu serba sedikit dalam melancarkan lagi perjalanan program. Sekiranya anda tidak dapat Muat Turun Modul Ldk Fasilitator ini, anda boleh pm Pendidik2u dengan menaip ‘Modul LDK’ dan follow Telegram : http://t.me/pendidik2u
Slm alaik… Mcm mana sy nak dapatkan koleksi modul ldk ni…?
Tqvm..