Home Berita Kenaikan Gaji Penjawat Awam Yang Diumum Najib Akan Diteliti – KSN

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Yang Diumum Najib Akan Diteliti – KSN

14
1

Kenaikan satu gaji tahunan untuk penjawat awam seperti dijanjikan kerajaan terdahulu akan diteliti sama ada ia wajar diteruskan atau sebaliknya, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Artikel Berkaitan: Najib Umum 1KGT

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Beliau berkata kajian mengenainya dilakukan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara ketika ini.

Ditanya jangka masa yang diperlukan untuk kajian itu, beliau berkata, ia mungkin setahun atau dua tahun.

“Saya akan tengok balik perkara ini dan akan bawa ke pihak yang boleh membuat keputusan. Saya tak boleh nak komen, tetapi memandangkan dengan bebanan hutang (negara) yang tinggi, kita merasakan perkara ini perlu dilihat semula,” katanya.

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Bual Bicara Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di Johor Bahru, hari ini.

Pada April lepas, perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (Mappa XVI) di Putrajaya, mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk kira-kira 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

Pemberian itu bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018.

– BERNAMA

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here