Bapa kepada murid 11 tahun yang membuat laporan polis ke atas CIkgu Azizan mengakui keluarga mereka tertekan setelah kes berkenaan tular di media sosial.
Pihak wartawan cuba untuk menemubualnya dengan hadir ke rumah beliau, namun bapa yang berumur 50 tahun itu berkata:
‘saya belum bersedia’
‘Saya akan menjelaskan mengenai apa sebenar yang berlaku esok. Sekarang ini kami sekeluarga menerima terlalu banyak tekanan’.
Sementara itu, YDP PIBG SK Taman Semarak Tuan MD Fakarudin meminta orang ramai tidak terus menyalahkan keluarga itu dan membuat spekulasi berkenaan isu ini.
“Bapa murid terbabit membuat laporan polis apabila diminta pihak hospital berbuat demikian selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan.
“Dia sebenarnya hanya mengikut prosedur undang-undang sehingga kes dibawa ke mahkamah. Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah”, katanya.
Mereka juga sewajarnya diberi peluang untuk hidup seperti biasa, dan masyarakat tidak seharusnya menuding jari terus menyalahkan mereka.
Dalam pada itu, Cikgu Azizan juga telah memaafkan murid dan penjaga tersebut, tiada perasaan dendam di dalam hatinya, beliau juga berharap kes ini menjadi tauladan kepada mereka dan berharap anak muridnya itu akan berubah menjadi murid yang baik dan manusia yang berguna.
Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, membebaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya itu pada 6 April lalu.
Semoga kes ini, menjadi pengajaran buat semua, terima kasih buat semua guru-guru yang bersatu hati dalam memperjuangkan kes Cikgu Azizan. Buat ibu bapa semua, ayuh kita bersama-sama menjadi contoh dan tauladan kepada anak-anak kita, sama-sama mendidik dan menegur mereka.
Sumber Berita dan Gambar: Harian Metro